Sekilas
- Rahayu Abas dan suami, Tomok, bakal berangkat ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.
- Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Rahayu melalui hantaran di Instagram bersama foto keluarga mereka.
- Netizen mendoakan agar perjalanan mereka dipermudahkan dan mendapat ibadah haji yang mabrur.
Isteri kepada penyanyi, Tomok iaitu Rahayu Abas berkongsi dia bersama suami bakal berangkat ke Makkah bagi menunaikan ibadah haji.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Rahayu menerusi satu hantaran di Instagram.
“Alhamdulillah dijemput menjadi tetamu Allah bersama suami.
“Tiada yang lebih kami harapkan selain doa agar perjalanan ini dipenuhi keberkatan dan rahmat-Nya. Insya-Allah,” kongsinya.
Menerusi perkongsian sama, Rahayu memuat naik foto dirinya bersama Tomok dan tiga lagi anaknya, meluahkan rasa syukur kerana berpeluang untuk menunaikan rukun Islam yang kelima itu tahun ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Tomok dan Rahayu dipermudahkan urusan dan dikurniakan ibadah haji yang mabrur.
“Alhamdulillah.
“Semoga yang baik-baik saja untuk kalian, bakal Haji dan Hajah.
“Semoga dikurniakan ibadah haji yang mabrur,” komen netizen.
Sumber: Instagram