Sekilas
- Pelawak dan usahawan Shuib berkongsi momen video call bersama sahabat lama, pelawak dan penyampai radio Rahim Sepahtu selepas lima tahun tidak berhubung.
- Perkongsian ini mendapat reaksi positif netizen yang gembira melihat persahabatan mereka kembali jernih dan berharap hubungan baik itu berterusan.
- Hubungan mereka sebelum ini dikatakan renggang dan Rahim mendakwa nombor telefonnya disekat Shuib, namun Shuib memilih untuk tidak mendedahkan punca perselisihan itu.
Pelawak dan usahawan, Shuib menyorot perhatian apabila berkongsi momen dirinya berhubung dengan sahabat lama yang juga pelawak dan penyampai radio, Rahim Sepahtu.
Menerusi perkongsian yang dibuat, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad dilihat sedang melakukan panggilan video bersama Rahim sambil memandu dalam keadaan yang penuh santai.
“Setelah lima tahun,” tulisnya ringkas.
Perkongsian pastinya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya bersyukur melihat persahabatan mereka kembali jernih dan terjalin.
“Alhamdulillah terbaik Ib (Shuib).
“Lepas ni Jep pula.
“Semoga berbaik semula, kami nak tengok Sepahtu Reunion,” komen netizen.
Sebelum ini, hubungan persahabatan mereka dikatakan renggang malah Rahik turut mendakwa nombor telefonnya telah disekat Shuib.
Walau bagaimanapun, penyampai radio Sinar itu memilih untuk tidak mahu mendedahkan punca kepada perselisihan faham itu kerana beranggap tidak molek sekiranya ia menjadi perhatian umum.
Sumber: Threads