Skip to main content

Hiburan

Terima Sambutan Baik Ketika Di Jakarta, Dolla Sedia Tembus Pasaran Antarabangsa - “Why Not? Kalau Ada Rezeki Kami Ambil…”

fffbfb

Sekilas

  • Kumpulan Dolla bercadang untuk melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa selepas menerima sambutan positif di acara muzik di Indonesia.
  • Anggota kumpulan melihat peluang ini sebagai motivasi dan langkah untuk membawa muzik Malaysia ke tahap lebih tinggi.
  • Kontroversi muzik video terbaru mereka mencetuskan perbincangan tentang penerimaan imej dan identiti Dolla dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Kumpulan Dolla tidak menolak kemungkinan untuk melebarkan sayap ke pasaran luar negara selepas menerima sambutan positif ketika menghadiri acara muzik di Indonesia baru-baru ini.

Menurut Tabby, peluang untuk menembusi pasaran antarabangsa sentiasa terbuka selagi ia memberi ruang kepada mereka mengembangkan kerjaya seni.

“Kalau ada rezeki dan peluang memang kami akan ambil. Baru-baru ini kami ke YouTube Music Night di Jakarta, vibes mereka sangat seronok.

“Ia jadi satu motivasi untuk kami ketengahkan lagi bakat kami sebagai wakil dari Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Sabronzo turut melihat perkembangan tersebut sebagai langkah yang baik untuk menaikkan nama Dolla serta membawa muzik tempatan ke peringkat lebih tinggi.

“Kami sentiasa mahu lebarkan sayap muzik kami ke tahap antarabangsa.

“Baru-baru ini kami ke Jakarta, ada peminat baru dari sana juga.

“Tidak salah untuk lebarkan lagi sayap kami dan bawa industri muzik Malaysia ke tahap lebih tinggi,” ujar Sabronzo.

Dalam pada itu, isu cadangan Dolla bergerak ke pasaran luar negara turut tercetus selepas kontroversi muzik video (MV) terbaharu mereka berjudul Question yang terpaksa diturunkan dari YouTube.

Susulan insiden tersebut, ada peminat berpendapat masyarakat di Malaysia masih belum bersedia menerima imej serta identiti yang dibawa Dolla, sehingga dianggap keterlaluan oleh sesetengah pihak.

Must-Watch Video

Advertisement