Skip to main content

Hiburan

TARUNG: Unforgiven Cetus Fenomena Di Media Sosial, Ramai Buat Trend Tukar Gambar Sendiri Jadi Poster Filem

Astro Gempak 448

Sekilas

  • Fenomena filem Tarung: Unforgiven semakin hangat apabila ramai pengguna media sosial termasuk selebriti menukar gambar profil mereka kepada poster filem tersebut menggunakan AI.
  • Filem aksi ini mengangkat tema kehidupan sebagai gelanggang sebenar dengan tagline 'kau cuma ayam sabung' dan menampilkan pelakon popular seperti Mierul Aiman dan Zul Ariffin.
  • Tarung: Unforgiven kini ditayangkan di 148 pawagam seluruh negara sejak 7 Mei lalu, mendapat perhatian ramai dengan jalan cerita penuh emosi dan aksi hebat.

Fenomena filem Tarung: Unforgiven nampaknya semakin luar biasa apabila ramai pengguna media sosial mula menukar gambar profil masing-masing kepada poster filem tersebut menggunakan AI.

Menjengah ke pelbagai platform media sosial, trend tersebut menjadi ikutan ramai termasuk golongan selebriti dan pempengaruh tempatan.

Antara nama yang turut serta menggunakan poster AI berinspirasikan Tarung: Unforgiven ialah pelakon Shahrul Kamal, Anas Ridzuan dan ramai lagi. 

Rata-rata netizen dilihat menghasilkan poster dengan gaya tersendiri menggunakan elemen visual dan aura pertarungan yang diinspirasikan daripada filem berkenaan.

Filem aksi Tarung: Unforgiven yang tampil dengan tagline ‘kau cuma ayam sabung’ mengangkat naratif berani dengan menjadikan kehidupan sebagai ‘gelanggang’ sebenar.

Karya arahan Razaisyam Rashid itu diterbitkan oleh ALPHA47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw.

Selain jalan cerita sarat emosi hasil tulisan bersama Amar Amir, filem tersebut dibintangi Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz dan Sharifah Sakinah.

Tarung: Unforgiven kini ditayangkan di 148 pawagam seluruh negara bermula 7 Mei lalu.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Advertisement