Skip to main content

Hiburan

Shuib Terharu Dapat Duit Raya Daripada Thalita, Anggap Hasil Didikan Watie - “Such A good Heart, Macam Ibu”

Shuib

Sekilas

  • Pelawak Shuib terharu menerima duit raya RM250 daripada anak keduanya, Thalita, yang berusia 13 tahun.
  • Thalita turut memberikan duit raya kepada ahli keluarga lain, menunjukkan sifat pemurah yang diwarisi daripada arwah ibunya, Siti Sarah.
  • Shuib memuji isteri barunya, Watie Hanifiah, atas didikan baik tentang rezeki kepada anak-anak mereka.

Pelawak, Shuib meluahkan rasa terharu apabila menerima duit raya daripada anak keduanya, Thalita yang baru sahaja berusia 13 tahun.

Menerusi ciapan di Threads, Shuib yang memuat naik foto wang kertas berjumlah RM250 turut memaklumkan bahawa Thalita atau Dzahira Talita Zahra turut memberikan duit raya buat ahli keluarga yang lain.

Lebih menyentuh hati apabila Shuib seolah-olah memuat naik luahan tersebut buat isterinya, Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia pada Ogos 2021 lalu.

"Ibu (panggilan untuk Sarah), anak perempuan awak bagi saya duit raya untuk pertama kalinya.

"Umur dia baru 13 tahun tetapi dah boleh bagi duit raya kepada satu keluarga. Hatinya sangat baik macam awak," ciapnya.

Dalam masa yang sama, Shuib turut memuji isteri, Watie Hanifiah yang turut memberikan didikan baik terhadap anak-anak tentang rezeki.

"Ini semua hasil didikan Mummy Watie juga. Pandai didik anak-anak tentang rezeki. Alhamdulillah, syukur," kongsinya lagi.

Untuk rekod, Thalita merupakan anak kedua hasil perkongsian hidup Shuib bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah.

Allahyarham Siti Sarah kemudiannya menghembuskan nafas terakhir akibat Covid-19 pada 2021 lalu.

Shuib kemudian kembali mendirikan rumah tangga dengan Watie pada 23 Jun 2023.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Must-Watch Video

Advertisement