Skip to main content

Hiburan

Hampir Sedekad Tak Muncul Di TV, Fiq Halim Rupanya Hilang ‘Confident’, Aepul Roza Banyak Beri Semangat Untuk ‘Comeback’

Astro Gempak 442

Sekilas

  • Fiq Halim kembali aktif dalam industri hiburan selepas hampir sedekad menyepi, mendapat dorongan semangat daripada sahabatnya, Aepul Roza.
  • Fiq akan berpindah ke Kuala Lumpur selepas Hari Raya Aidiladha untuk memudahkan urusan kerjaya dan bakal muncul dalam Konsert Trilogi bersama Aepul Roza dan Aweera pada 18 Julai 2026.
  • Konsert Trilogi akan diadakan di Big Pillars Hall, Astana Putra, UPM Serdang dengan kapasiti terhad 1,000 penonton dan tiket dijual dalam tiga kategori.

Selepas hampir sedekad menyepi daripada arus perdana industri hiburan, penyanyi Fiq Halim akhirnya membuat keputusan untuk kembali aktif selepas mendapat dorongan daripada sahabatnya, Aepul Roza.

Menurut Fiq  atau Mohammad Firdaus Abdul Halim, 45, kata-kata semangat daripada vokalis Drama Band itu menjadi pemangkin untuk dia kembali yakin meneruskan kerjaya seni.

“Alhamdulillah Aepul bagi semangat. Dia cakap, ‘kita belum habis, zaman kita belum habis. Ini mungkin zaman kita’.
“Itu yang buat saya rasa nak kembali aktif semula,” katanya.

Mengulas mengenai punca tempoh ‘kehilangan’ daripada perhatian umum, Fiq mengakui keyakinan dirinya sedikit terjejas sebelum ini kerana lama tidak muncul di televisyen atau media.

“Sebenarnya bukanlah tak yakin sangat, mungkin sebab saya dah lama tak keluar televisyen atau mana-mana platform.

“Belakang tabir mungkin salah satu sebab juga. Saya masih ambil show dan buat persembahan, cuma mungkin sebab saya tak ke depan sangat, itu yang buat saya jadi kurang konfiden,” ujarnya.

Dalam masa sama, Fiq turut memaklumkan dia bakal berpindah ke Kuala Lumpur selepas Hari Raya Aidiladha bagi memudahkan urusan kerjayanya.

“Ya betul, memang saya dah rancang pun. Lepas raya Haji nanti saya pindah ke sini,” katanya.

Bagaimanapun, Fiq tidak menganggap keputusannya menetap di Sabah sebelum ini sebagai satu kerugian buat kerjaya seninya.

“Tak ada rasa rugi pun. Sama saja. Saya duduk sini kadang-kadang tak ada show juga. Saya balik Sabah pun sama, kadang-kadang ada show.

“Tapi di KL ini, sebulan ada dua tiga kali show, kira okey lah. Mungkin nanti ada satu lagu yang ‘meletup’, itu yang akan membantu,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Fiq bakal muncul menerusi Konsert Trilogi bersama Aepul Roza dan Aweera.

Konsert tersebut dijadual berlangsung pada 18 Julai 2026 di Big Pillars Hall, Astana Putra, UPM Serdang dengan kapasiti terhad seramai 1,000 penonton.

Tiket ditawarkan dalam tiga kategori iaitu VIP (RM289), Normal (RM189) dan Standing (RM99).

Anda mungkin berminat dengan

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

GOOJODOQ Bluetooth 5.0 Wireless Smart Earphone

GOOJODOQ Bluetooth 5.0 Wireless Smart Earphone

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Advertisement