Skip to main content

Amir Ahnaf Kongsi Tiga Sebab Utama Belum Sedia Jalin Hubungan Cinta - “Saya Belum Kaya…Agama Belum Cukup Kuat”

Astro Gempak 441

Sekilas

  • Amir Ahnaf menegaskan hubungannya dengan Daiyan Trisha hanya sekadar kawan walaupun ramai peminat merestui mereka selepas berkongsi momen bersama di media sosial.
  • Amir berkongsi tiga sebab dia belum bersedia untuk bercinta iaitu belum kaya, agama belum cukup kuat, dan tanggungjawab terhadap keluarga masih banyak.
  • Amir kini muncul dalam filem aksi TARUNG: Unforgiven yang sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 7 Mei lalu.

Pelakon Amir Ahnaf menjelaskan hubungannya dengan pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha sekadar kawan meskipun ramai peminat merestui mereka selepas tampil bersama dalam kandungan media sosial baru-baru ini.

Menurut Amir, dia selesa berkawan dengan Daiyan kerana aktres itu seorang yang ceria dan menyenangkan.

“Saya suka berkawan dengan Daiyan. Dia seorang gadis yang sangat ceria dan menyenangkan.

“Saya tak pernah ada perasaan lebih daripada kawan. Saya selesa dan saya hormat ‘abang’ saya juga,” katanya sambil merujuk kepada pelakon Aedy Ashraf.

Tambah Amir, Daiyan hanyalah seorang rakan baik dalam hidupnya ketika ini.

“Daiyan adalah kawan yang baik, itu saja,” ujarnya.

Bagaimanapun, pelakon berusia 26 tahun itu mengakui Daiyan memiliki ciri-ciri wanita idamannya.

“Menepati… tapi tiada apa yang lebih. Cuma kawan,” katanya ringkas.

Dalam masa sama, Amir turut berkongsi sebab dia masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta buat masa ini.

“Ada tiga sebab utama. Pertama, saya belum kaya lagi.

“Kedua, agama saya belum cukup kuat dan ketiga, tanggungjawab saya masih banyak terhadap adik-beradik serta mak ayah,” jelasnya.

Terdahulu, Amir dan Daiyan mencuri perhatian ramai selepas tampil berkongsi momen melakukan aktiviti membuat mentega sambil berlari  sehingga ramai peminat mula ‘merestui’ hubungan mereka.

Dalam perkembangan lain, Amir kini tampil menerusi filem aksi TARUNG: Unforgiven yang sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei lalu.

Anda mungkin berminat dengan

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

(Refine by Lovito) Elegant Top Ruffle Cold Shoulder Backless Spring/summer Pink Top for Women LR32E057 (Refine by Lovito) Elegan Top Ruffle Bahu Dingin Tanpa Belakang Musim Bunga/musim Panas Baju Atas Merah Jambu untuk Wanita LR32E057

45-120KG Womens Plus Size Bra Seamless Lace Vest Push Up Bralette Wireless Latex Fitness 內衣無鋼圈

45-120KG Womens Plus Size Bra Seamless Lace Vest Push Up Bralette Wireless Latex Fitness 內衣無鋼圈

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Advertisement