Sekilas
- Aisha Retno membalas sindiran seorang individu yang mendakwa artis yang sering menyanyikan lagu raya seolah tiada lagu lain.
- Individu tersebut menyindir artis yang membawa lagu raya walaupun di luar musim perayaan, namun Aisha menegaskan itu adalah rezeki mereka.
- Ramai peminat menasihatkan Aisha supaya tidak mengambil peduli komen negatif di media sosial.
Penyanyi, Aisha Retno membalas sindiran seorang individu mengenai artis yang sering menyanyikan lagu raya meskipun di luar musim perayaan.
Menerusi satu hantaran di Threads, individu tersebut didakwa seolah-olah menyindir penyanyi yang popular dengan lagu raya seakan tidak mempunyai lagu lain untuk dipersembahkan.
“Takziah kepada artis-artis yang lagu hitnya hanya lagu raya sehinggakan pergi show di luar musim raya pun kena bawa lagu raya,” kata individu tersebut.
Bagaimanapun, hantaran itu berjaya menarik perhatian pelantun lagu Jodoh Lebaran itu.
“Kenapa takziah, babap awak. Rezeki kan, majuk ni nanti kita orang yang selalu bawa lagu raya ni release lagu baru okay.
“Jemput dengar lagu-lagu kami yang akan dipertandingkan,” balasnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai meminta Aisha supaya mengendahkan komen negatif di media sosial.