Skip to main content

Hiburan

TARUNG: Unforgiven Hiasi Billboard Gergasi Di Bukit Bintang

Astro Gempak 451

Sekilas

  • Filem aksi tempatan Tarung: Unforgiven kini dipaparkan di billboard 3D gergasi di Bukit Bintang, Kuala Lumpur selama seminggu.
  • Pengarah Razaisyam Rashid berkongsi rasa bangga melihat filem tempatan mendapat pendedahan besar di lokasi ikonik ibu kota.
  • Filem ini sudah ditayangkan di 148 pawagam seluruh negara sejak 7 Mei dan menampilkan pelakon popular seperti Mierul Aiman dan Zul Ariffin.

Filem aksi tempatan Tarung: Unforgiven terus mencipta fenomena apabila karya tersebut kini menghiasi billboard gergasi 3D di tengah ibu kota.

Menerusi perkongsian di media sosial, pengarahnya Razaisyam Rashid memuat naik foto barisan pelakon filem berkenaan bergambar di hadapan papan iklan digital tersebut yang terletak di Bukit Bintang.

Menurut Razaisyam, dia berasa bangga melihat filem tempatan mendapat peluang dipaparkan dalam skala besar di lokasi ikonik Kuala Lumpur.

“Thank you our godfather, Iman Tang for bringing Tarung to the heart of Bukit Bintang with this massive 3D billboard for a whole week.

“Feels unreal untuk tengok our local film stand this big, this loud di tengah-tengah KL,” tulisnya.

Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-rata bangga melihat filem tempatan diberi pendedahan besar seperti karya antarabangsa.

Ramai juga menyifatkan kejayaan tersebut sebagai satu pencapaian besar buat industri filem tempatan, khususnya bagi karya aksi tempatan.

Filem aksi Tarung: Unforgiven yang tampil dengan tagline ‘kau cuma ayam sabung’ mengangkat naratif berani dengan menjadikan kehidupan sebagai ‘gelanggang’ sebenar.

Karya arahan Razaisyam Rashid itu diterbitkan oleh ALPHA47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw.

Selain jalan cerita sarat emosi hasil tulisan bersama Amar Amir, filem tersebut dibintangi Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz dan Sharifah Sakinah.

Tarung: Unforgiven kini ditayangkan di 148 pawagam seluruh negara bermula 7 Mei lalu.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Advertisement