Skip to main content

Hiburan

“Kami Masing-Masing Sepakat, Tiada Kesefahaman…” - Nora Danish Jelaskan Hubungan Dengan Mickey Ayo Tidak Ke Fasa Serius

Astro Gempak 421

Sekilas

  • Pelakon Nora Danish mengesahkan dia masih solo dan belum ada calon pengganti buat masa ini.
  • Hubungannya dengan Mickey Ayo hanya sebagai kawan kerana tiada keserasian untuk ke tahap lebih serius.
  • Nora menafikan spekulasi mengenai perkahwinan baru walaupun pernah berkahwin dua kali dan mempunyai dua anak lelaki.

Pelakon jelita Nora Danish tampil membuat pengakuan terbuka bahawa dirinya masih belum mempunyai pengganti dan kekal berstatus solo ketika ini.

Menurut Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 43, dia masih belum bertemu calon yang sesuai untuk mengisi ruang hatinya.

“Eh belum ada lagi. Saya masih lagi single. Saya tidak ada mana-mana… maknanya hati belum dimilikilah.

“Cuma belum ada lagi calon,” katanya ketika ditemui Nora ditemui pada majlis tayangan telefilem Poskad Cinta Dari Istanbul bagi aplikasi UTV, di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.

Mengulas mengenai keakraban dengan jejaka perunding kewangan, Mickey Ayo yang sebelum ini sering dilihat bersamanya, Nora menjelaskan hubungan mereka tidak berkembang ke arah lebih serius kerana tiada persefahaman. 

“Dia (Mickey) bukan kekasih sebenarnya. Kawan yang hari itu sedang mengenali hati budi.

“Jadi mungkin sampai situ sajalah. Kami masing-masing ambil keputusan untuk ‘move forward’ dalam kehidupan masing-masing.

“Kami masing-masing sepakat buat keputusan sebab tidak kesefahaman dalam pelbagai segi, keserasian banyak benda perlu tengok untuk ke langkah seterusnya,” ujarnya.

Tambahnya lagi, hubungan mereka kini kekal sebagai rakan tanpa sebarang komitmen serius.

“Kita berkawan dengan semua orang. Kita masih berkawan cuma bukan dalam proses untuk bersama atau mengenali hati budi lagi.

“Maksudnya untuk serius, tak… setakat berkawan sahaja sekarang ini,” jelasnya.

Terdahulu, spekulasi mengenai status Nora kembali hangat selepas dia memuat naik foto seorang lelaki berkopiah putih selain tular kad jemputan berinisial ‘M’ dan ‘N’ bertarikh 8 September 2025.

Bagaimanapun, Nora menafikan dakwaan kononnya dia bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Untuk rekod, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 sebelum berpisah pada 19 Jun 2024 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl.

Sebelum itu, Nora juga pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 2006 sebelum bercerai pada 2008 dan memiliki seorang lagi anak lelaki, Putra Rayqal.

Anda mungkin berminat dengan

888.CO Unisex Adult The Best Ever Round Neck Plain Microfiber T-Shirt Jersey T Shirt (Anti-Bacteria) Mixed Color 1

888.CO Unisex Adult The Best Ever Round Neck Plain Microfiber T-Shirt Jersey T Shirt (Anti-Bacteria) Mixed Color 1

(16 Colors) Afro Hair Wig Clown Wig Fancy Dress Hair Wigs Disco Costume Cosplay Hair Halloween Rambut Palsu Meletup小丑假发

(16 Colors) Afro Hair Wig Clown Wig Fancy Dress Hair Wigs Disco Costume Cosplay Hair Halloween Rambut Palsu Meletup小丑假发

MILVUS M13064 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Ladies Straight Cut Pants

MILVUS M13064 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Ladies Straight Cut Pants

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

Ready Stock Butt Lifter Slimming High Waist Girdle Corset Long Shaper Girdle Pants Plus Size Girdle Shapewear Bengkung

Ready Stock Butt Lifter Slimming High Waist Girdle Corset Long Shaper Girdle Pants Plus Size Girdle Shapewear Bengkung

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

Must-Watch Video

Advertisement