Skip to main content

Selebriti

Bella Astillah Kongsi Rezeki Bersama Mangsa Kebakaran Di Sabah, Titip Penghargaan Buat Syed Saddiq - "Tidak Dilupakan Juga, Ironman Aka Tunang Saya Yang..."

Bakar isteri

Sekilas

  • Bella Astillah berkongsi rezeki dengan mangsa kebakaran di Sabah melalui misi bantuan di tujuh lokasi sekitar Sandakan.
  • Pelakon dan penyanyi itu mengucapkan syukur atas peluang membantu serta berharap sumbangan dapat meringankan beban mangsa.
  • Bella turut menghargai sokongan tunangnya, Syed Saddiq, dan semua yang menyokong perniagaannya sepanjang misi tersebut.

Meskipun perniagaannya baru setahun beroperasi, pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkongsi rezeki bersama mangsa kebakaran di Sabah.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Bella memuat naik video momen bersama tunangnya, ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, dan ahli kumpulannya dalam misi bantuan tersebut.

"Baellova baru setahun melangkah dan hari ini saya diberi kesempatan untuk berkongsi rezeki serta sedikit bantuan kepada mangsa kebakaran di 7 lokasi sekitar Sandakan,"tulisnya.

Dalam masa sama, Bella turut meluahkan rasa syukur atas sumbangan tersebut dan berharap agar sumbangan tersebut dapat meringankan beban mangsa yang terlibat.

"Syukur alhamdulilah atas peluang ini. Semoga setiap sumbangan kecil ini membawa kelegaan dan harapan buat mereka yang terjejas. Kamu semua kuat,"ujarnya.

Tidak ketinggalan, Bella turut merakamkan penghargaan kepada Syed Saddiq ke atas sokongan dan bantuan sepanjang misi berkenaan.

"Terima kasih juga kepada semua yang selama ini sokong perniagaan saya. Tidak dilupakan juga, Ironman aka tunang saya yang baik hati temani dan jayakan misi ini,"katanya.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Ceramic Plate

Ceramic Plate

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Must-Watch Video

Advertisement