Sekilas
- Siri Viu Original Walid yang dibintangi Faizal Hussien, Vanidah Imran dan Aqasha kini trending di media sosial.
- Dialog ‘Walid nak Dewi boleh’ yang pernah kontroversi dalam siri Bidaah kembali viral selepas dikongsikan di TikTok.
- Ramai wargamaya, termasuk penonton dari Indonesia, memberi komen tentang dialog tersebut yang dianggap ‘keramat’.
Siri Viu Original Walid (Heaven’s Reign) lakonan Faizal Hussien, Vanidah Imran dan Aqasha antara drama yang tengah hangat diperkatakan di laman sosial.
Malah dialog yang pernah menjadi ‘kontroversi’ dalam siri sebelum ini, Bidaah, iaitu ‘Walid nak Dewi Boleh’ kini menjadi tular.
Ia berikutan wargamaya memuat naik beberapa babak Ranea Ezreeen yang memegang watak ‘Dewi’ bersama Walid (lakonan Faizal Hussien).
Rata-rata ruang komen di video yang dikongsikan TikTok berkata dialog yang dianggap ‘keramat’ itu berulang kembali.
Malah banyak yang meninggalkan komen di ruang perkongsian itu adalah penonton daripada Indonesia yang menonton siri Walid.
“Malah diulangi lagi itu dalog keramat.
“Datang lagi ayat keramat Walid nak Dewi boleh.
“Walid nak Dewi boleh itu lagi,” komen beberapa wargamaya.
Sumber - TikTok