Skip to main content

Selebriti

Janna Nick Bukan Individu 'J', Zara Zya Kasi 'Hint' Identiti Yang Pernah Perlekeh Dirinya - "Dia Dah Tiada Dalam Industri..."

Zara Zya Janna Nick

Pelakon, Kamal Adli berkongsi bahawa dia tidak membuat sebarang persiapan untuk menyambut Hari Raya pada tahun ini.

Menurut Kamal, keutamaannya kini lebih tertumpu kepada kelengkapan raya anaknya, Hawra selain cuba meluangkan masa sebanyak mungkin bersama sekiranya kurang tawaran kerja.

“Saya memang tiada persiapan raya kali ini. Saya raya seorang diri. Saya lebih fokus pada persiapan Hawra, cari kelengkapan raya untuk dia. Kalau saya kurang menerima tawaran kerja, saya akan pilih untuk luangkan masa bersama dia,” katanya kepada Gempak.

Kamal berkata demikian ketika ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya yang berlangsung di Saloma Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam masa sama, Kamal memaklumkan bahawa kemungkinan besar dia tidak dapat menyambut Hari Raya bersama anaknya tahun ini kerana bekas isterinya, Uqasha Senrose, dijangka membawa Hawra pulang beraya di Kelantan.

“Saya rasa tahun ini mungkin tak dapat beraya dengan dia sebab Uqasha mungkin bawa Hawra balik ke Kelantan. Harapnya saya sempat luangkan masa dengan dia sebelum raya,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Kamal tidak menafikan dia sedikit terkesan apabila mengenangkan perbezaan sambutan rayanya kali ini terutama tanpa kehadiran Uqasha dan Hawra di sisi seperti tahun-tahun sebelum ini.

Menurutnya, perubahan tersebut sememangnya memberi kesan kepada dirinya, namun dia memilih untuk menerima keadaan itu dengan hati terbuka.

“Memang ada rasa terkesan. Perbezaan sebelum dan selepas berpisah itu memang ada, malah agak banyak. Tapi saya faham ini ketentuan Tuhan dan saya cuba untuk terima sebaiknya.

“Apa yang penting, saya harap Uqasha dan Hawra gembira menyambut raya tahun ini walaupun kami tidak bersama,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Must-Watch Video

Advertisement