Skip to main content

Hiburan

Atikah Suhaime Sedih Dikecam Netizen Gara-Gara Tersalah Cakap, Suami ‘Hadir’ Memujuk - “Saya Kena Upah Penulis Skrip Untuk Awak”

ASTROGEMPAK Atikah Suhaime

Sekilas

  • Pelakon Datin Atikah Suhaime dikecam netizen selepas tersilap susun ayat dalam perkongsian mengenai rambut di Threads.
  • Walaupun sudah memohon maaf, Atikah memilih untuk aktif semula di Instagram berbanding Threads akibat kecaman tersebut.
  • Suami Atikah, Datuk Lokman Teh, memujuk dan mencadangkan untuk mengupah penulis skrip supaya perkongsian isterinya lebih tepat dan tidak disalah tafsir.

Gara-gara tersilap menyusun ayat tidak sepatutnya dalam perkongsian mengenai rambut, pelakon Datin Atikah Suhaime menerima kecaman daripada netizen. 

Biarpun sudah memohon maaf namun Atikah masih dikecam di Threads dan memilih untuk kembali aktif di Instagram berbanding platform tersebut. 

Menyedari luahan hati tersebut, suami kepada Atikah iaitu Datuk Lokman Teh tampil memujuk isterinya dengan mengatakan dia memahami apa yang ingin disampaikan. 

Malah, Lokman memberitahu dia mahu mengupah penulis skrip untuk Atikah memandangkan apa saja perkongsian isterinya akan diambil serius oleh netizen. 

“Tak mahu sedih b. Tak apa, kita tak boleh puaskan hati semua orang dalam dunia ini. Tapi itulah mungkin saya faham apa yang awak maksudkan dan mahu kongsikan. 

“Mungkin sebab perkataan yang awak gabungkan itu lain sikit. Saya kena upah penulis skrip untuk awak. Awak minta dia betulkan sikit selepas ini. 

“Sebab awak artis itu orang ambil secara serius. Saya tahu awak hanya bercakap macam secara umum. Tak apa b, kita faham,” tulisnya. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Man Singlet Men Slimming Singlet Shaper Body Slim Shirt Shapewear Waist Shapewear Ready Stock 219186

Man Singlet Men Slimming Singlet Shaper Body Slim Shirt Shapewear Waist Shapewear Ready Stock 219186

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

Lovito Casual Top Spring/Summer New Chinese Style Cheongsam Qipao Asymmetrical Bow Khaki Top for Women L166AD394 Lovito Baju Kasual Musim Bunga/panas Baharu Cheongsam Qipao Gaya Cina Berbentuk Reben Asimetri Khaki Atasan Untuk Wanita L166AD394

(16 Colors) Afro Hair Wig Clown Wig Fancy Dress Hair Wigs Disco Costume Cosplay Hair Halloween Rambut Palsu Meletup小丑假发

(16 Colors) Afro Hair Wig Clown Wig Fancy Dress Hair Wigs Disco Costume Cosplay Hair Halloween Rambut Palsu Meletup小丑假发

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

ELGINI E16444 Baju-T Lengan Panjang Kapas S-XXL | Graphic Long Sleeve Cotton Tee

ELGINI E16444 Baju-T Lengan Panjang Kapas S-XXL | Graphic Long Sleeve Cotton Tee

Must Watch Video

Advertisement