Skip to main content

Selebriti

Trend Tangkap Orang Kelantan Tular, Jay Iskandar Anggap Sekadar Gurauan - "Mungkin Orang Luar Dapat..."

Jay iskandar

Sekilas

  • Jay Iskandar anggap trend menangkap orang Kelantan sebagai gurauan yang boleh mengeratkan silaturahim dan memperkenalkan negeri itu kepada orang luar.
  • Pelakon kelahiran Kelantan ini tidak pernah menerima layanan buruk kerana kebanyakan orang hanya bergurau mengenai perkara tersebut.
  • Jay masih bujang dan fokus pada kerjaya serta diri sendiri, dengan niat mencari pasangan hanya apabila sudah masuk umur 30-an.

Pelakon meningkat naik, Jay Iskandar menggangap trend menangkap orang Kelantan bukanlah perkara yang perlu diambil serius dan hanyalah sekadar gurauan.

Jay atau nama sebenarnya Aariz Iskandar Idris berkata gurauan tersebut bukan sahaja boleh mengeratkan silaturahim, malah secara tidak langsung memperkenalkan negeri itu kepada orang luar.

“Saya anggap ia sekadar gurauan dan orang Kelantan tak perlu terasa. Perkara itu boleh menarik perhatian orang ramai tentang Kelantan. Dengan gurauan itu juga, mungkin orang luar dapat mengenali daerah-daerah di Kelantan seperti Kota Bharu, Machang, Pasir Mas dan sebagainya,” katanya kepada Gempak.

Jay berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2026 yang berlangsung di Hotel Pavilion, Kuala Lumpur.

Menurut pelakon kelahiran Kelantan itu, dia juga tidak pernah menerima layanan buruk daripada orang lain kerana kebanyakan mereka sekadar bergurau mengenai perkara tersebut.

“Tiada siapa yang menjauh selepas tahu tempat kelahiran saya. Biasanya hanya gurauan sahaja. Selalunya kalau orang Kelantan jumpa orang Kelantan, terus ngam,” ujarnya.

Ditanya mengenai status terkini, pelakon Puteri Kelas Atas itu mengakui dirinya masih bujang dan belum bersedia untuk mencari pasangan buat masa ini.

Katanya, dia mahu memberi tumpuan kepada diri sendiri serta perkembangan kerjayanya terlebih dahulu.

“Status saya masih bujang. Sekarang saya fokus pada diri dan kerjaya. Saya pun sedang aktif ke gim. Bagi saya ini fasa untuk mengembara dan memperbaiki skil lakonan.

“Orang selalu kata digalakkan cari pasangan dari negeri jauh, tapi bagi saya tak kisah dari mana asalkan perangai baik, hormat ibu bapa dan ada common sense. Memang ada yang mendekati, tapi setakat berkawan secara profesional sahaja. Ada yang dalam industri dan ada juga yang di luar industri.

“Sejujurnya saya tidak memilih, cuma buat masa ini berkawan sahaja dengan semua. Mungkin bila umur masuk 30-an barulah saya fikir untuk mencari pasangan. Sekarang masih terlalu awal,” kongsinya.

Terdahulu, trend misi menangkap orang Kelantan mencuri perhatian ramai di media sosial apabila ada individu yang berseloroh menawarkan ganjaran sebanyak RM100 kepada individu yang berjaya menangkap orang kelahiran negeri tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

Must-Watch Video

Advertisement