Sekilas
- Program realiti drama memasak 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod ke-23 yang menampilkan menu Nasi Ayam Belado dan Kuih Cara Manis.
- Setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai bahan utama untuk menambah rasa dalam hidangan.
- Penonton boleh menonton rancangan ini di Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan dan juga membeli menu dari gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 bermula 19 Februari.
Program realiti drama memasak pertama di Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod Dua puluh tiga yang lebih mencuit hati.
Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Megat Hafiz (Edaman Othman) yang akan memasak pelbagai menu. Antaranya ialah, Nasi Ayam Belado dan Kuih Cara Manis.
Drama apa yang akan terjadi antara Megat Hafiz dan Inspektor Sani? Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!

#1 NASI AYAM BELADO
BAHAN-BAHAN:
Nasi:
3 cup beras
2 cup air
1 cup susu Goodday Full Cream
1 sudu kecil garam
1 batang serai (ketuk)
1 helai daun pandan
CARA PENYEDIAAN:
- Basuh beras, masukkan ke rice cooker.
- Tambah air + susu Goodday + garam + serai + daun pandan.
- Masak hingga nasi wangi & lembut.
Ayam Goreng :
1kg ayam (potong sederhana)
½ sudu the garam
½ sudu the kunyit serbuk
Minyak untuk menggoreng
Cara:
- Perap ayam dengan garam + kunyit 15 minit.
- Goreng hingga garing & masak.
Sambal Belado :
10 biji cili merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji tomato
1 sudu kecil Garam
2 sudu besar gula
3 sudu besar minyak masak
Cara:
- Kisar semua bahan hingga halus.
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi & pecah minyak.
- Masukkan sedikit gula & garam, perasakan.
#2 KUIH CARA MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cup susu Goodday Full Cream
100ml santan kotak
2 Biji telur
250g tepung gandum
150g gula kastor
½ sudu the garam
Kisar dan tapis:
6 helai daun pandan
1 sudu kecil Pewarna hijau
1 cup air
CARA PENYEDIAAN:
1.Bancuh Adunan
- Masukkan tepung gandum + garam, kacau rata.
- Tambah air jus pandan + susu Goodday + santan + telur, kacau hingga adunan sebati & cair sedikit.
- Tambah pewarna.
- Tapis adunan untuk dapatkan tekstur yang halus
2.Kukus Kuih
- Panaskan acuan.
- Tuang adunan penuh acuan kecil.
- Tambah gula kastor di bahagian tengah bagi setiap acuan yang telah diisi oleh adunan.
- Kukus hingga kuih masak.
Menariknya lagi ‘cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu masakan dalam proram tersebut bermula 19 Februari.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.