Skip to main content

Hiburan

Kongsi Foto Dalam Keadaan Sebak, Hariz Hamdan Dedah Momen Peribadi Menyentuh Hati - “Hadiah Dari Allah”

ASTROGEMPAK Hariz Hamdan

Sekilas

  • Seorang wargamaya di Threads berkongsi pandangan bahawa lelaki jarang berkongsi masalah secara terbuka dan sering melepaskan emosi secara diam ketika bersendirian.
  • Perkongsian itu menarik perhatian pelakon dan model Hariz Hamdan yang berkongsi pengalaman peribadi menerima pesanan al-Quran yang sampai lewat pada hari lahirnya.
  • Hariz memuat naik swafoto dalam keadaan sebak sambil menganggap al-Quran yang sampai tepat pada hari lahirnya sebagai hadiah dari Allah.

Perkongsian seorang wargamaya di platform Threads baru-baru ini mendapat perhatian ramai, khususnya dalam kalangan lelaki.

 

Menerusi hantaran tersebut, individu itu meluahkan pandangan ramai lelaki jarang berkongsi masalah mereka secara terbuka.

 

Sebaliknya, mereka hanya melepaskan emosi secara diam-diam ketika bersendirian, termasuk ketika memandu kereta.

 

“Lelaki tidak bercerita, tahu-tahu bila bawa kereta menangis,” tulis individu berkenaan.

 

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian pelakon dan model, Hariz Hamdan yang kemudian berkongsi satu momen peribadi yang cukup menyentuh hatinya.

 

Menurut Hariz, dia pernah membuat pesanan al-Quran pada awal Februari, namun penghantarannya mengambil masa agak lama sebelum akhirnya sampai tepat pada hari lahirnya, 28 Februari.

 

“Order Quran awal Februari. Penghantaran lewat, lambat sampai. 28 Februari hari lahir saya, Quran sampai. Hadiah dari Allah,” kongsinya.

 

Hariz turut memuat naik swafoto memperlihatkan dirinya dalam keadaan sebak ketika berkongsi detik tersebut.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Baseus Quick Charge 3.0 4.0 Car Charger AFC SCP for Xiaomi Huawei (45W)

Baseus Quick Charge 3.0 4.0 Car Charger AFC SCP for Xiaomi Huawei (45W)

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

Number Plate Kereta 2D Auto Car Plate (Tulisan Tanam) Nombor Plat Kereta 车牌 No Flat JPJ Pass Font Silver / White Custom

Number Plate Kereta 2D Auto Car Plate (Tulisan Tanam) Nombor Plat Kereta 车牌 No Flat JPJ Pass Font Silver / White Custom

TOYO-G Brake & Parts Cleaner Spray (300ml)

TOYO-G Brake & Parts Cleaner Spray (300ml)

In-Car Dashboard Rear View Mirror Car Mount GPS Phone Holder 360 Strong Grip Mobile Phone Car Holder

In-Car Dashboard Rear View Mirror Car Mount GPS Phone Holder 360 Strong Grip Mobile Phone Car Holder

MINYAK RANTAI JAPAN RK TAKASAGO CHAIN LUBE CHAIN CLEANER CHAIN BRUSH SPRAY RANTAI

MINYAK RANTAI JAPAN RK TAKASAGO CHAIN LUBE CHAIN CLEANER CHAIN BRUSH SPRAY RANTAI

Must Watch Video

Advertisement