Skip to main content

Selebriti

Azira Shafinaz & Nadia Aqilah Antara Nama Pilihan Netizen Untuk Watak Puteri Gunung Ledang - “Muka Manis, Berbakat, Berlakon Pun Bagus”

Azira Nadia Aqilah

Sekilas

  • Azira Shafinaz dan Nadia Aqilah menjadi tumpuan netizen selepas menghadiri sesi uji bakat Puteri Gunung Ledang The Musical baru-baru ini.
  • Netizen berpecah pendapat dengan Azira dianggap moden dan karismatik, manakala Nadia pula disokong kerana keanggunan dan sisi klasiknya.
  • Belum ada pengumuman rasmi mengenai pelakon yang akan dipilih untuk projek pementasan semula ini.

Dua nama pelakon wanita iaitu Azira Shafinaz dan Nadia Aqilah menjadi bualan netizen selepas masing-masing dilihat menghadiri sesi uji bakat bagi projek pementasan semula Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) baru-baru ini.

Kehadiran kedua aktres berbakat itu telah mencetuskan keterujaan dalam kalangan netizen yang mula membuat pilihan sendiri mengenai siapakah yang paling sesuai menggalas watak ikonik Puteri Gunung Ledang itu.

Menerusi komen-komen di media sosiak, sebahagian netizen menyuarakan sokongan terhadap Azira kerana dianggap memiliki aura moden, elegan dan karisma tersendiri yang sesuai untuk membawa karakter lagenda tersebut.

Malah, ada juga yang berpendapat penyanyi dan pelakon itu mempunyai pakej lengkap dari segi penampilan, tarian dan ekspresi wajah untuk menghidupkan watak berkenaan.

Dalam masa sama, nama Nadia Aqilah juga turut menjadi pilihan ramai susulan kredibilitinya sebagai pelakon yang membawa watak matang dan penuh emosi.

Rata-rata netizen menyifatkan Nadia mempunyai keanggunan dan sisi klasik yang cukup dekat serta gaya intonasi dengan karakter Puteri Gunung Ledang seperti yang digambarkan dalam hikayat Melayu.

Antara komen yang diterima adalah:

Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai barisan pelakon yang bakal dipilih untuk menjayakan projek berkenaan.

Terdahulu, sesi uji bakat tersebut turut mencuri perhatian ramai apabila beberapa nama selebriti popular dilihat hadir bagi mencuba nasib untuk membintangi karya epik berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

Bayu Somerset Calanthe Kurung Pink

Bayu Somerset Calanthe Kurung Pink

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

Kurung Riau Klasik Linen Nude

Kurung Riau Klasik Linen Nude

Baju Kurung Moden sulam Lace KurungSesuai untuk Nikah/Tunang/Bridemaids. Baju Bajet Murah. Lace Baju Raya 2026 Murah Set

Baju Kurung Moden sulam Lace KurungSesuai untuk Nikah/Tunang/Bridemaids. Baju Bajet Murah. Lace Baju Raya 2026 Murah Set

Advertisement