Skip to main content

Selebriti

Asmidar Sebak Diberi Penghormatan Jayakan Konsert ‘A Tribute To Sharifah Aini’ - “Sejak Kecil, Lagu-Lagu Beliau Temani Perjalanan Karier Saya…”

Asmidar sebak kenang Sharifah Aini

Sekilas

  • Asmidar berasa terharu dan berbesar hati diberi peluang menyanyi dalam konsert penghormatan ‘A Tribute to Sharifah Aini’ pada Jun depan.
  • Konsert ini menampilkan lagu-lagu evergreen Sharifah Aini dengan iringan orkestra oleh MPO, termasuk penyanyi veteran lain seperti Datuk Khadijah Ibrahim dan Salamiah Hassan.
  • Konsert akan berlangsung pada 6 Jun 2026 di Dewan Filharmonik PETRONAS dengan tiket bermula RM249 hingga RM499, tempahan boleh dibuat melalui telefon atau email.

Penyanyi, Asmidar mengakui berasa amat berbesar hati apabila diberikan peluang untuk terlibat dalam konsert penghormatan istimewa, ‘A Tribute to Sharifah Aini’ yang bakal berlangsung pada Jun depan.

Menurut Asmidar, peluang untuk menyampaikan lagu-lagu nyanyian idolanya yang juga merupakan biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini merupakan satu penghargaan besar buat dirinya.

Apatah lagi apabila figura legenda itu juga menjadi antara pengaruh terbesar dalam perjalanan seninya sejak kecil.

“Saya rasa peminat Allahyarham Datuk Sharifah Aini ini sentiasa ada sebab lagu-lagunya evergreen. Bagi saya, beliau adalah seorang penyanyi yang kita bagi lagu apa pun dia akan sedapkan lagu itu.

“Itulah kelebihan Sharifah Aini yang sentiasa memberi inspirasi kepada saya,” katanya.

Asmidar berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media konsert ‘A Tribute to Sharifah Aini’ yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam pada itu, Asmidar turut mengakui dirinya tidak dapat menahan sebak ketika bercakap mengenai idolanya itu kerana terlalu menghargai jasa dan pengaruh besar Allahyarham dalam kerjayanya.

“Saya rasa, menurut pengamatan saya, nak dibandingkan dengan penyanyi hebat seperti Datuk Khadijah Ibrahim, Salamiah Hassan dan Shiha Zikir, saya paling kurang engagement atau pun connection dengan dengan datuk.

“Tetapi beliau adalah pengaruh terbesar dalam hidup saya. Saya nak bercakap tentang perkara ini pun rasa nak menangis. Tahu sebab apa?

“Sebab sejak saya kecil, lagu-lagu beliau lah yang menemani perjalanan saya dalam karier saya. Dalam pertandingan yang saya masuk, dalam peluang peluang kecil yang diberikan kecil yang diberikan kepada saya,” jelasnya menahan sebak.

Tambah Asmidar lagi, peluang untuk menyanyikan lagu-lagu Allahyarham bersama iringan orkestra dalam konsert tersebut disifatkan sebagai mimpi yang menjadi kenyataan buat dirinya sebagai seorang peminat setia.

“Jadi ini satu peluang yang sangat saya hargai, terima kasih MPO (Orkestra Filharmonik Malaysia) kerana telah memberikan peluang ini kepada saya.

“Sebab saya datang dari kata-kata seorang peminat sebenarnya. Saya tak ada conection dengan beliau, dan dapat menyanyikan lagu Allahyarham bersama dengan okestra memang satu a dream come true lah.

“Ini adalah salah satu mimpi yang saya rasa Allah makbulkan untuk saya dan rasa sangat bersyukur. Insya-Allah saya akan berikan yang terbaik yang saya mampu.

“Sama-sama kita sedekahkan kebaikan konsert ini kepada Allahyarham, insya-Allah,” ujarnya.

Selain Asmidar, konsert ini bakal menampilkan penyanyi veteran Datuk Khadijah Ibrahim, Salamiah Hassan serta penyanyi popular, Shiha Zikir.

Antara lagu yang bakal dinyanyikan oleh Asmidar adalah lagu hit pertama Sharifah Aini iaitu ‘Seri Dewi Malam’, medley tradisional ‘Di Pinggir Kayangan/Sayang Musalmah/Gunung Banang’ dan medley pop, ‘Oh Di Mana/Surat Dari Seberang/Yang Ditunggu Tak Tiba’.

Kesemua lagu diberi gubahan khas untuk MPO oleh sentuhan emas Azhad Sulaiman, Shahhakam Mokhtar, Jenny Chin, Ilham Subri, Lugman Aziz dan Ahmad Muriz sendiri, membolehkan penonton menikmati legasi ini dalam interpretasi yang belum pernah didengari sebelum ini.

Konsert ini akan berlangsung pada Sabtu, 6 Jun 2026, jam 8.00 malam bertempat di Dewan Filharmonik PETRONAS, Menara Berkembar PETRONAS.


Maklumat Tiket:


RM399, RM349, RM299, RM249, Suite (RM449/RM499 seorang).

Tempahan Telefon: 03-23317007

Tempahan Email: [email protected]

Laman Web MPO: www.mpo.com.my

Anda mungkin berminat dengan

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

BATIK PLEASE SKIRT WIRU PLEASE SKIRT/ WIRU SKIRT/ PLEASE KEBAYA SKIRT/ WEDDING SKIRT/ KEBAYA SKIRT

BATIK PLEASE SKIRT WIRU PLEASE SKIRT/ WIRU SKIRT/ PLEASE KEBAYA SKIRT/ WEDDING SKIRT/ KEBAYA SKIRT

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

Bayu Somerset Calanthe Kurung Pink

Bayu Somerset Calanthe Kurung Pink

Advertisement