Skip to main content

‘Farouk’ Jadi Punca? Babak Hisyam Hamid & Erysha Emira Buat Penonton Panas Hati

Bakar isteri

Sekilas

  • Drama Ikatan Terlarang terus hangat dengan babak emosi antara Azura dan Lukman yang mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.
  • Azura mula curiga dengan rahsia suaminya selepas menemui petunjuk mencurigakan dan nama Farouk dikaitkan dalam konflik tersebut.
  • Drama ini mengisahkan perjuangan Azura menghadapi pengkhianatan suami serta cabaran dalam keluarga dan perniagaan, disiarkan setiap Isnin hingga Khamis di Astro Ria.

Drama bersiri Ikatan Terlarang terus mencuri perhatian penonton apabila episod terbaharunya menampilkan babak penuh emosi antara Azura (Erysha Emira) dan Lukman (Hisyam Hamid) yang mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Dalam babak tersebut, suasana mula tegang apabila Azura meminta Lukman menghubungi individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan rahsia suaminya. Namun, keadaan berubah apabila telefon tersebut sudah berada di tangan Azura dan dia mula menemui petunjuk yang mencurigakan.

Reaksi Lukman yang kelihatan cemas serta cuba mengelak daripada menjawab persoalan Azura membuatkan penonton semakin geram. Lebih mencetuskan tanda tanya apabila nama Farouk mula dikaitkan, sekali gus membuatkan Azura mengesyaki suaminya sedang menyembunyikan sesuatu.

Pertengkaran yang bermula dengan persoalan biasa akhirnya bertukar menjadi konfrontasi emosi apabila Azura mula berdepan dengan kemungkinan kebenaran yang selama ini disorokkan daripadanya.

Babak tersebut mendapat perhatian ramai apabila rata-rata penonton memuji penghayatan Hisyam dan Erysha yang berjaya membawa emosi watak masing-masing. 

Malah, ramai turut meluahkan rasa geram terhadap tindakan Lukman yang dilihat masih cuba mempertahankan rahsia dan berbohong kepada isterinya.

Ikatan Terlarang mengisahkan Azura, seorang usahawan berjaya yang memiliki kehidupan sempurna di mata masyarakat bersama suaminya, Lukman dan anak perempuan mereka, Adira. 

Namun, kebahagiaan itu mula berubah apabila Azura berdepan pengkhianatan suami sendiri bersama individu yang paling dipercayainya.

Selepas satu demi satu rahsia gelap terbongkar, Azura perlu berdepan konflik besar melibatkan keluarga, perniagaan dan rumah tangganya.

Dalam usaha mempertahankan anak, maruah serta masa depannya, dia terpaksa membuat pilihan sama ada untuk membalas dendam atau memutuskan kitaran luka yang telah menghancurkan kehidupannya.

Diarahkan oleh Riza Baharudin dan diterbitkan oleh I Fabulous Art Media & Event Sdn. Bhd., drama ini menampilkan gandingan pertama Hisyam Hamid dan Erysha Emira sebagai watak utama.

Selain mereka, Ikatan Terlarang turut dibintangi barisan pelakon berpengalaman seperti Adrianna Adnan, Raja Azura, Arash Mohamad, Alif Hadi, Mawar Rashid, Didie Astillah, Syazwan Razak, Puteri Rayyqa, Zarina Zainuddin, Yaya Maembong, Jay Iskandar dan Esma Danial.

Drama yang mengangkat tema cinta, pengkhianatan, kepercayaan dan perjuangan seorang wanita untuk bangkit selepas dikhianati ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam menerusi Slot Megadrama Astro Ria dan boleh distrim menerusi platform Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

HETCH V3 Pro Hyper-Clean Handheld Dust Mite Bed Vacuum Cleaner & Mop Vakum Dan Mop HVC-1416-HC

HETCH V3 Pro Hyper-Clean Handheld Dust Mite Bed Vacuum Cleaner & Mop Vakum Dan Mop HVC-1416-HC

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

Must Watch Video

Advertisement