Skip to main content

Indonesia

Bukan Hanya Curang, Pelakon Lelaki Baling Kipas Angin & Kerusi Kepada Isteri Sebab Minta Nafkah

Astro Gempak Tami

Sekilas

  • Isteri pelakon sinetron Evan Marvino, Uffri Datun Nitami, mendedahkan kisah keganasan rumah tangga dan kecurangan suaminya sepanjang perkahwinan mereka sejak 2021.
  • Tami mendakwa pernah mengalami trauma akibat keganasan fizikal yang dilakukan Evan, termasuk dilempar kipas angin dan kerusi, serta masalah nafkah yang tidak diselesaikan selama lima tahun.
  • Mereka kini dalam proses perceraian selepas Tami memfailkan tuntutan pada Februari 2026, manakala Evan dikenali melalui beberapa sinetron popular.

Isteri pelakon sinetron, Evan Marvino, Uffri Datun Nitami atau Tami akhirnya membongkar kisah gelap dalam perkahwinan mereka yang dibina sejak Januari 2021.

Selain suaminya didakwa sebagai kaki mabuk dan curang, Evan juga pernah melakukan beberapa siri keganasan rumah tangga terhadapnya. Tami mendakwa trauma dengan kipas angin dan kerusi hanya kerana meminta nafkah.

"Saya perlu mengumpulkan semua keberanian ini untuk dapat selamatkan hidup saya dan hidup anak-anak saya dari keadaan ini.

“Suami saya sudah beberapa kali melakukan kekerasan kepada saya. Kipas angin dan kerusi memberi saya trauma selepas kejadian malam itu.

“Kerusi melayang hampir kena kepala saya tetapi saya tepis dengan tangan. Kipas angin juga dibaling ke arah saya tetapi tidak kena,” dedag Tami di akaun media sosial yang menarik perhatian netizen seperti dilaporkan Grid.ID.

Wanita itu mendakwa perbuatan tersebut telah disaksikan anak mereka. Evan berang selepas Tami meminta nafkah yang didakwanya tidak pernah didapati sejak lima tahun berkahwin.

Tami yang merupakan peminat pelakon itu juga mendakwa pernah dijangkiti penyakit kelamin sewaktu hamil 9 bulan kerana sikap Evan yang suka berganti perempuan dan berzina.

“Saya sungguh trauma dengan pernikahan yang saya lalui selama ini. Saya bukan dapat pernikahan yang sihat tapi neraka!” Luahnya lagi.

Tami dan Evan kini dalam proses berpisah selepas ibu dua anak itu memfailkan perceraian pada Februari 2026.

Evan, 31, terkenal menerusi beberapa sinetron termasuk Putri untuk Pangeran (2020), Mencintaimu Sekali Lagi (2024) dan  Aku Bukan Ustadz Reborn (2019).

Anda mungkin berminat dengan

ELGINI E16286 Seluar Jeans Denim Lelaki Potongan Slim-Fit | Men’s Slim-Fit Denim Jeans

ELGINI E16286 Seluar Jeans Denim Lelaki Potongan Slim-Fit | Men’s Slim-Fit Denim Jeans

adidas Swimming & Lifestyle Adilette Aqua Slides Unisex Black F35550

adidas Swimming & Lifestyle Adilette Aqua Slides Unisex Black F35550

Seluar Boxer Lelaki, Fesyen, Gaya Korea, Berjalur, Selesa, Bernafas, Lembut, Seluar Dalam

Seluar Boxer Lelaki, Fesyen, Gaya Korea, Berjalur, Selesa, Bernafas, Lembut, Seluar Dalam

American Retro Striped Stitching Casual Pants Men's Loose Straight Wide-Leg Street Wear Casual Pants Seluar Baggy Pants

American Retro Striped Stitching Casual Pants Men's Loose Straight Wide-Leg Street Wear Casual Pants Seluar Baggy Pants

J344🌺🌺Pure Cotton Suit Personal Suit Women's Cotton Linen Ethnic Style Suit Casual Design Shirt Wide-Leg Pants Suit Women

J344🌺🌺Pure Cotton Suit Personal Suit Women's Cotton Linen Ethnic Style Suit Casual Design Shirt Wide-Leg Pants Suit Women

McJoden - FLORA Bra Wanita Gaya Jepun Lembut, Bernafas & Tanpa Dawai

McJoden - FLORA Bra Wanita Gaya Jepun Lembut, Bernafas & Tanpa Dawai

Must Watch Video

Advertisement