Sekilas
- Dr Amalina Bakri, pakar bedah kelahiran Malaysia di UK, berjaya menamatkan pengajian PhD di Imperial College London.
- Beliau berkongsi surat terbuka kepada dua anak perempuannya tentang cabaran mengimbangi kerjaya, pengajian, dan tanggungjawab sebagai ibu.
- Dr Amalina memberi semangat kepada anak-anaknya untuk berani mengejar impian dan percaya pada kemampuan diri sendiri.
Pakar bedah kelahiran Malaysia yang kini menetap di United Kingdom, Dr Amalina Bakri, mencipta satu lagi kejayaan apabila berjaya menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) di Imperial College London.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Dr Amalina berkongsi beberapa foto ketika majlis graduasinya yang berlangsung di Royal Albert Hall, London.
Namun yang lebih mencuri perhatian adalah sepucuk surat terbuka yang ditujukan khas buat dua anak perempuannya, Arabella dan Aurora.
Dalam perkongsian tersebut, Dr Amalina mengakui perjalanan menamatkan pengajian PhD bukanlah sesuatu yang mudah kerana terpaksa mengimbangi tuntutan kerjaya sebagai doktor, pengajian serta tanggungjawab sebagai seorang ibu.
“One day, when you’re older, I hope you’ll read this and understand the journey your mummy took, the long nights, the on call shifts, the thesis writing, the clinical training, the studying,” tulisnya.
Menurut Dr Amalina, ada kalanya beliau terpaksa berjauhan daripada anak-anak demi menyempurnakan tanggungjawab dan impian yang sedang dikejar.
“I hope you’ll understand that everything I do is not in place of loving you. It is because I love you,” katanya.
Dr Amalina turut mengakui pernah berasa bersalah dan bimbang sekiranya anak-anaknya tidak memahami pengorbanan yang dilakukan sepanjang tempoh tersebut.
“There were days when guilt felt overwhelming, when I worried I wasn’t doing enough, when I feared you might not understand. But even in those moments, my love for you never wavered,” tulisnya.
Dalam masa sama, beliau menitipkan kata-kata semangat agar kedua-dua puterinya berani mengejar impian dan percaya kepada kemampuan diri sendiri.
“You are capable of extraordinary things. You can dream boldly. You can be strong and gentle, ambitious and compassionate all at once,” tulisnya.
Mengakhiri surat tersebut, Dr Amalina meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan dua cahaya mata yang dianggap sebagai hadiah paling berharga dalam hidupnya.
“Always remember, my dear girls, your mummy believes in you with her whole heart. Nothing is impossible for you. You are my greatest gifts,” katanya.