Skip to main content

Viral

Piała Dunia 2026: Wartawan Hentikan Siaran Langsung Demi Selfie Dengan Shakira

Astro Gempak shakira selfie

Sekilas

  • Bahang Piala Dunia 2026 semakin terasa dengan majlis pembukaan meriah di Mexico, yang berlangsung buat pertama kali dalam 40 tahun.
  • Wartawan Argentina, Marcelo Benedetto, menghentikan siaran langsung untuk bergambar selfie bersama Shakira yang menyanyikan lagu tema Piala Dunia 2026.
  • Perlawanan pembukaan menyaksikan Mexico menang 2-0 ke atas Afrika Selatan, manakala Korea Selatan menewaskan Czechia 2-1.

Bahang Piala Dunia 2026 sedang hangat terasa apabila temasya sukan terbesar dunia sudah dimulai di Mexico. Majlis pembukaan temasya suka yang pertama kali diadakan di Mexico dalam tempoh 40 tahun ini berlangsung meriah.

Tentu sahaja antara yang menarik perhatian sebelum perlawanan bermula adalah persembahan para pemuzik termasuk Shakira. Sekali lagi diberi kepercayaan membawa lagu tema Piala Dunia menerusi Dai Dai (Lets Go), Shakira nampaknya bukan sahaja menarik perhatian dunia tetapi membuatkan seorang wartawan penyiaran sanggup menghentikan siaran langsung demi mendapatkan selfie bersamanya!

Kejadian spontan itu berlaku sewaktu seorang wartawan penyiaran Argentina, Marcelo Benedetto membuat liputan pembukaan majlis di 
Estadio Ciudad de México beberapa jam sebelum siaran langsung perlawanan Mexico dan Afrika Selatan bermula pada 11 Jun lalu.

Apabila dia melihat penyanyi Whenever, Wherever itu bersama pasukannya masuk ke dalam padang, Benedetto meletakkan mikrofon lalu berlari ke arah Shakira yang bersedia menyanyikan lagu tema Piala Dunia 2026 untuk berselfie, lapor People.

Shakira, 49, dilihat berhenti selepas Benedetto  menghampirinya dan menunaikan permintaan wartawan itu untuk berselfie. Momen emas itu kemudian dikongsikan wartawan tersebut di akaun media sosial.

Benedetto menulis pada kapsyen: “Marcelo Benedetto yang hebat telah menghentikan siaran langsung untuk meminta selfie bersama Shakira. Keutamaan, selalu.”

Buat wartawan itu, bergambar dengan selebriti sewaktu menjalankan tugasan bukan sesuatu yang baharu. Benedetto sebelum ini pernah melakukan hal sama kepada penyanyi Dua Lipa sewaktu membuat liputan Liga UEFA pada 2018.

Sementara itu, dua perlawanan sudah berlangsung dengan menyaksikan pasukan tuan rumah, Mexico menumpaskan Afrika Selatan dengan 2-0 sementara Korea Selatan pula menewaskan Czechia dengan 2-1.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Must Watch Video

Advertisement