Skip to main content

Berita

Sekolah Boleh Tutup Sementara Sekiranya Cuaca Lebih 37 Darjah Celsius Selama 3 Hari Berturut

Cuaca panas sekolah boleh ditutup sementara

Sekilas

  • Pihak pentadbir sekolah dibenarkan menutup operasi jika suhu melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut mengikut garis panduan KPM sejak 2023.
  • Semua aktiviti luar seperti merentas desa, perkhemahan, dan sukan perlu dihentikan sementara jika suhu antara 35 hingga 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

     

Pihak pentadbir dibenarkan menutup operasi sekolah sekiranya cuaca panas melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh, perkara berkenaan antara garis panduan yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM) sejak 2023 dan boleh diguna pakai sekiranya keadaan cuaca panas dan kering semakin meruncing.

"Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah mempunyai pengalaman yang mencukupi bagi menangani isu yang kita hadapi sekarang (cuaca panas dan kering).

"Sememangnya kita tahu bahawa hal ini juga menjadi satu cabaran bagi KPM untuk memastikan keselesaan dan juga kesihatan anak-anak," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng, Ipoh pada Jumaat.

Wong berkata selain itu, semua aktiviti luar di sekolah juga perlu dihentikan buat sementara waktu sekiranya suhu melebihi 35 hingga 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut.

Beliau berkata antara contoh aktiviti luar yang tidak sesuai dilaksanakan ialah merentas desa, perkhemahan, kawad, sukan dan permainan di luar bangunan serta pertanian.

"Pihak KPM telah memberikan pesanan kepada kesemua pentadbir termasuklah pengetua, guru besar serta Pejabat Pendidikan Daerah supaya sentiasa memantau status suhu harian bagi cuaca panas setiap hari di sekolah dan juga daerah masing-masing," katanya.

Dalam perkembangan lain, Wong berkata SJKT Gopeng bakal berwajah baharu menerusi pembangunan semula bangunan sekolah daif membabitkan peruntukan berjumlah RM14.5 juta, yang dijangka bermula penghujung tahun ini dan mengambil masa selama 22 bulan untuk disiapkan.

Projek berkenaan, katanya melibatkan perobohan blok bangunan daif sedia ada dan pembinaan blok gantian tiga tingkat merangkumi enam bilik darjah, pejabat pentadbiran, bilik guru dan stor sukan.

"Sekolah ini telah berusia 80 tahun dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, didapati blok utama yang menempatkan bilik darjah dan blok pentadbiran sekolah telah terjejas akibat ancaman anai-anai,” katanya sambil berharap projek berkenaan dapat disiapkan sepenuhnya pada akhir 2028.

Sumber: Bernama

Anda mungkin berminat dengan

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

Must-Watch Video

Advertisement