Skip to main content

Berita

Polis Tahan Lelaki Bogel Ganggu Lalu Lintas

81749657109 TBPOLISPDRM

Sekilas

  • Polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun yang dipercayai tidak siuman selepas berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu lalu lintas di pekan Langkap, Teluk Intan.
  • Lelaki tersebut ditahan dalam keadaan berbogel dan dibawa ke Balai Polis Langkap sebelum dirujuk ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan dan penilaian psikiatri.
  • Ketua Polis Daerah Hilir Perak menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan video kejadian bagi menjaga maruah individu terbabit.

Polis menahan seorang lelaki dipercayai tidak siuman yang berkelakuan tidak senonoh sehingga mengganggu lalu lintas di pekan Langkap dekat Teluk Intan, pada Jumaat. 

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Chua Kok Lian berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada 9.35 malam mengenai seorang lelaki yang berbogel serta mengganggu lalu lintas di Jalan Langkap-Chui Chak.

“Bertindak atas maklumat itu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun dalam keadaan berbogel seperti tular di media sosial.

“Suspek dibawa ke Balai Polis Langkap untuk tindakan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Teluk Intan bagi mendapatkan rawatan dan penilaian pakar psikiatri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chua menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan video kejadian itu bagi menjaga maruah individu terlibat. 

Sumber: Astro AWANI 

Anda mungkin berminat dengan

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

Must-Watch Video

Advertisement