Skip to main content

Hiburan

Tak Sangka Perkahwinan Dengan Zizi Kirana Berakhir, Yusuf Bahrin Simpan Punca Bercerai - "Dah Cuba Sedaya Upaya..."

Astro Gempak yusuf zizi

Sekilas

  • Pelakon Yusuf Bahrin dan penyanyi Zizi Kirana sah bercerai selepas hampir lima tahun berkahwin, dengan perceraian berlaku secara baik tanpa permusuhan.
  • Yusuf mengakui mereka sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan rumah tangga, namun keputusan cerai adalah pengakhiran yang tidak dijangka.
  • Walaupun sudah berpisah, Yusuf akan terus menyokong kerjaya Zizi dan meminta doa agar kedua-duanya mendapat kebahagiaan.

Pelakon, Yusuf Bahrin tidak menyangka perkahwinan yang dibina hampir lima tahun bersama bersama bekas isteri yang juga penyanyi, Zizi Kirana berakhir dengan perceraian.

 

Menurut pemilik nama Muhammad Yusuf Bahrin ini, dia dan Zizi sudah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan rumah tangga mereka namun beginilah pengakhirannya.

 

“Hari ini adalah hari perceraian saya dengan bekas isteri saya, Zizi Kirana. Tak ada siapa, tak ada satu pun pasangan dalam dunia ni yang sukakan perceraian, tapi dalam kisah hidup saya dan dia, inilah dia pengakhirannya.

 

“Saya tak pernah jangka dan saya tak pernah tahu akan terjadi dalam hidup saya. Kami dah buat yang terbaik, kami dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan, tapi benda jadi macam ni,” katanya kepada Gempak.

 

Dalam pada itu, Yusuf yang kelihatan sebak ketika ditemui usai prosiding cerai menjelaskan bahawa perceraiannya dengan Zizi berlaku secara baik tanpa permusuhan.

 

Walau bagaimanapun, pelakon filem Papa Zola The Movie enggan berkongsi punca perceraiannya dengan Zizi.

 

“Tak apa, itu biar saya dan dia saja yang tahu (punca perceraian). Kami berpisah secara baik dan tak ada permusuhan, tak ada apa-apa dendam, tak ada… Alhamdulillah. 

 

“Jadi, saya minta doa daripada kalian semua dan juga yang lain yang tengok video ni nanti, doakanlah kebahagiaan kita dan kebahagiaan orang lain, insya-Allah,” kongsinya.

 

Berkongsi lanjut, pelakon berusia 34 tahun ini akan terus menyokong kerjaya Zizi meskipun mereka sudah tidak lagi mempunyai ikatan.

 

“Saya akan terus support dia, dan dia pun akan terus support saya punya career, insya-Allah,” ujarnya.

 

Terdahulu, Yusuf sah bercerai talak satu secara raj’ie bersama bekas isteri, Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Khamis.

 

Menurut peguam yang mewakili Zizi yang dikenali sebagai Haiza, perceraian itu berlaku selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

 

Sebelum ini, timbulnya spekulasi mengenai rumah tangga mereka yang didakwa berantakan selepas dilihat menyambut perayaan Aidilfitri secara berasingan.

 

Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada September 2021. Sehingga kini, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata.

Anda mungkin berminat dengan

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Must Watch Video

Advertisement