Skip to main content

Hiburan

Abby Abadi & Azza Melompat Kegembiraan, Kongsi Momen Dapat Tahu Marissa Dania Nak Cerai - “Adik Kuat, Adik Hebat!”

ASTROGEMPAK Abby Azza

Sekilas

  • Abby Abadi berkongsi video bersama Azza Elite meraikan berita anak perempuannya, Marissa Dania, yang sedang dalam proses perceraian.
  • Abby memberi kata-kata semangat dan sokongan penuh kasih sayang kepada Marissa serta menghargai doa daripada wargamaya.
  • Marissa mengesahkan proses cerai dengan suaminya, Ahmad Aslam, sedang berjalan dan meminta orang ramai berhenti membuat andaian.

Pelakon Abby Abadi berkongsi video dia dan rakan baiknya, Azza Elite berpelukan sambil melompat kegembiraan selepas mengetahui anak perempuannya, Marissa Dania, kini dalam proses perceraian.

 

Menerusi perkongsian itu, Abby turut meluahkan rasa sayang selain menitipkan kata-kata semangat buat anak perempuannya.

 

“Mama dan Aunty @azzaelite sayang adik sangat-sangat! Kuatkan semangat untuk keluar dari keadaan ini. Semoga cepat selesai dan ALLAH permudahkan segalanya.

 

“Tiada apa yang perlu dikejar di dunia ini, kerana semuanya hanya sementara ya adik. Yang benar-benar berharga bukanlah penilaian atau pujian manusia, tetapi hati yang tenang, harga diri ,maruah yang terjaga.

 

“Adik kuat, adik hebat! Jadi versi yang lebih baik selepas ini ok. Ingat dan semat dalam hati, apa saja situasi… Mama akan sentiasa ada. Terima Kasih untuk semua yang bersama dan mendoakan,” ujarnya. 

 

Abby yang juga seorang penyanyi turut berkongsi beberapa paparan skrin komen-komen positif daripada wargamaya yang turut mendoakan Marissa. 

 

Terdahulu, Marissa mendedahkan prosiding itu ditangguh disebabkan dia masih belum memberi sebarang keterangan bagi kes pengesahan lafaz cerai dan rujuk. 

 

Dalam pada masa yang sama, Marissa turut mengakui dia dan suaminya iaitu Ahmad Aslam kini dalam proses cerai dan berharap semua pihak berhenti membuat kesimpulan dan andaian. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

Dr Cardin Women Comfort Woven Mary Jane Flat L AIC 9292

Dr Cardin Women Comfort Woven Mary Jane Flat L AIC 9292

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

TAKKAN - Nata Bow Sandals/Low Heels (New Collections)

TAKKAN - Nata Bow Sandals/Low Heels (New Collections)

Must-Watch Video

Advertisement