Skip to main content

Di Sebalik Gelaran Juara Dunia, Tersembunyi Kisah Luar Biasa Legenda Sukan Rali, Karamjit Singh

Astro Gempak 346

Sekilas

  • Karamjit Singh adalah pelumba Asia pertama yang menjuarai FIA Production Car World Rally Championship pada tahun 2002 dan digelar 'Flying Sikh' kerana gaya pemanduannya yang berani dan agresif.
  • Beliau pernah menjuarai Kejuaraan Rali Asia Pasifik sebanyak tiga kali dan terkenal dengan kesetiaan kepada jentera tempatan seperti Proton sepanjang kariernya.
  • Kisah hidup Karamjit akan diangkat ke layar perak menerusi filem TERBANG yang dijadualkan tayang pada 2026, menampilkan barisan pelakon popular Malaysia.

Nama Karamjit Singh bukan asing dalam dunia sukan permotoran negara, namun di sebalik statusnya sebagai legenda rali, masih banyak fakta menarik tentang dirinya yang mungkin tidak diketahui ramai.

Di sebalik kejayaan sebagai juara dunia rali, perjalanan Karamjit Singh sebenarnya sarat dengan cabaran, pengorbanan dan keberanian yang jarang diketahui ramai.

Figura legenda itu bukan sahaja bergantung kepada bakat semula jadi, sebaliknya membina kejayaan melalui disiplin tinggi, fokus yang konsisten serta semangat juang luar biasa dalam setiap perlumbaan yang disertai.

Setiap detik di trek bukan sekadar tentang kemenangan, tetapi juga tentang ketahanan mental dan fizikal dalam menghadapi pelbagai rintangan sepanjang kariernya.

Berikut merupakan fakta menarik tentang Karamjit;

1.⁠ ⁠Pelumba Asia pertama juara dunia

Karamjit mencipta sejarah apabila muncul pelumba Asia pertama menjuarai FIA Production Car World Rally Championship (PWRC) pada tahun 2002, sekali gus meletakkan Malaysia di peta dunia.

2.⁠ ⁠Digelar ‘Flying Sikh’

Gelaran itu diberikan kerana gaya pemanduannya yang berani, agresif dan penuh kelajuan di trek rali.

3.⁠ ⁠Setia bersama jentera tempatan

Sepanjang kariernya, Karamjit sering dikaitkan dengan Proton dan pernah memandu model seperti Satria GTi serta Putra dalam kejohanan besar.

4.⁠ ⁠Juara Asia Pasifik tiga kali

Selain kejayaan dunia, beliau turut menjuarai Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) sebanyak tiga kali iaitu pada 2001, 2002 dan 2004.

5.⁠ ⁠Masih aktif walaupun usia 60-an

Walaupun ramai pelumba sudah bersara, Karamjit masih aktif bertanding dan membuktikan usia bukan penghalang untuk terus mencipta kejayaan.

Kisah perjuangan luar biasa itu kini bakal diangkat ke layar perak menerusi filem TERBANG yang diinspirasikan daripada perjalanan hidup legenda rally negara tersebut.

Filem itu mengisahkan bagaimana Karamjit bersama pasukan underdog Malaysia, PERT Team berjaya mengharumkan nama negara dalam dunia perlumbaan rally.

Sekadar info, TERBANG dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara pada tahun 2026.

Filem arahan Chiu Keng Guan itu menampilkan barisan pelakon seperti Irfan Zaini, Jack Tan, Zizan Razak, Nam Ron, Shweta Sekhon dan Diana Danielle.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Must-Watch Video

Advertisement