Skip to main content

Hiburan

Tular Hantaran Pekerja Terima Surat Tawaran Tunaikan Umrah, Aliff Syukri:”Saya Bagi Ikhlas Sebab Awak Kerja Bagus, Tak Berkira”

Astro Gempak 331

Sekilas

  • Aliff Syukri beri respons selepas tular hantaran pekerjanya yang dapat surat tawaran menunaikan umrah sebagai ganjaran.
  • Aliff jelaskan pemberian itu dibuat dengan ikhlas sebagai penghargaan atas dedikasi dan komitmen pekerja tersebut.
  • Beliau turut hargai usaha pekerja yang tidak berkira masa walaupun sering ditegur.

Usahawan sensasi, Aliff Syukri tampil memberikan respons selepas tular hantaran seorang pekerjanya yang menerima surat tawaran bagi menunaikan umrah.

Menurut Aliff, pemberian tersebut dilakukan dengan penuh keikhlasan sebagai tanda penghargaan terhadap dedikasi pekerjanya.

 df df

“Allah, tak sangka pula benda ini jadi viral. Saya bagi memang ikhlas sebab awak kerja memang bagus.

“Apa yang penting, walaupun saya bising, awak tak pernah ambil hati. Kerja pun tak berkira masa, takkanlah saya nak berkira dengan awak,” katanya di ruangan komen.

svbs

Tambahnya lagi, dia amat menghargai jasa dan komitmen pekerja tersebut sepanjang berkhidmat bersama syarikatnya.

“Terima kasih juga kerana menghargai saya dan menghargai syarikat. Jasa anda amat-amatlah saya hargai,” ujarnya.

Sebelum ini, tular satu hantaran di media sosial dipercayai dimuat naik oleh seorang pekerja syarikat D’Herbs yang memaparkan dia menerima surat tawaran untuk mengerjakan umrah sebagai ganjaran daripada majikan.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Siti Khadijah X Shopee Telekung Modish Noore in Green Tint (Not Included Free Nida Bag)

Siti Khadijah X Shopee Telekung Modish Noore in Green Tint (Not Included Free Nida Bag)

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

ZANZEA Womens Muslim Abaya Casual Long Sleeve A Line Evening Party Oversized Maxi Dress

ZANZEA Womens Muslim Abaya Casual Long Sleeve A Line Evening Party Oversized Maxi Dress

Must Watch Video

Advertisement