Skip to main content

Hiburan

Sambutan Luar Biasa, UTV Kini Tersedia Di Kaca TV, Telefilem Gandingan Fattah Amin, Amira Othman Paling Banyak Ditonton

Astro Gempak 345

Sekilas

  • Platform penstriman tempatan UTV kini boleh ditonton menerusi televisyen melalui aplikasi Android TV, menawarkan pengalaman seperti pawagam peribadi di rumah.
  • UTV memperkenalkan projek Nusantara yang menggabungkan pelakon Malaysia dan Indonesia dengan hampir 30 telefilem termasuk telefilem popular Poskad Cinta yang meraih lebih 20 juta tontonan.
  • Platform ini menggunakan konsep pay-per-content tanpa langganan bulanan dan telah mencatat lebih 80,000 muat turun sejak pelancaran tahun lalu, dengan rancangan menerbitkan filem layar perak pada 2027.

Platform penstriman tempatan, UTV melakar satu lagi pencapaian apabila kini boleh ditonton menerusi televisyen.

Pengasasnya, Datuk Nana Hasan berkata, inisiatif tersebut hadir susulan sambutan luar biasa terhadap kandungan tempatan yang disiarkan di platform berkenaan.

“UTV kini boleh ditonton di TV seperti OTT lain. Kita rasa bangga kerana ini adalah platform pertama yang membawa konsep telefilem tempatan ke skrin televisyen melalui aplikasi.

“Ia bukan saluran TV, tetapi aplikasi seperti Netflix. Bila buka Android TV, pengguna boleh nampak logo UTV dan menonton seperti pawagam peribadi di rumah,” katanya.

Datuk Nana berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Seri Syawal Usanita di Grand Hyatt, pada Khamis. 

Menurutnya, akses tersebut sebenarnya sudah mula diperkenalkan sejak Hari Raya pertama lalu, manakala tontonan melalui televisyen kini boleh dinikmati secara meluas.

Enggan sekadar bergantung kepada satu pasaran, UTV turut memperkenalkan projek UTV Nusantara yang menggabungkan pelakon Malaysia dan Indonesia dalam satu naskhah.

“Setakat ini hampir 30 telefilem akan ditayangkan termasuk projek Nusantara. Kita gabungkan pelakon dari dua negara untuk hasilkan cerita yang lebih segar,” ujarnya.

Mengulas prestasi semasa, Nana memaklumkan platform itu telah merekodkan lebih 30 juta tontonan secara keseluruhan, termasuk kejayaan telefilem Poskad Cinta dari Auckland lakonan Fattah Amin bersama Amira Othman yang meraih lebih 20 juta tontonan.

Selain itu, Bella Astillah juga akan menjadi antara wajah utama bagi koleksi akan datang platform tersebut.

Pada masa sama, UTV merancang untuk menerbitkan filem layar perak sekitar tahun 2027, namun pengumuman lanjut masih belum dibuat.

Untuk rekod, UTV menggunakan konsep pay-per-content, iaitu pengguna hanya perlu membayar kandungan yang ingin ditonton tanpa langganan bulanan, selain telah mencatat lebih 80,000 muat turun sejak diperkenalkan tahun lalu

Dengan mengekalkan konsep ‘feel good’ serta fokus kepada genre romantik komedi, UTV optimis mampu menjadi pilihan utama penonton yang mahukan hiburan santai di rumah.

Anda mungkin berminat dengan

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Must-Watch Video

Advertisement