Skip to main content

Selebriti

Pertama Kali Beraya Bersama Isteri & Tanpa Arwah Ibu, Hafiz Suip Anggap Raya Kali Ini Lebih Bermakna - "Kami Juga Sambut Perayaan Lain..."

Bakar isteri

Penyanyi Hafiz Suip berkongsi bahawa sambutan raya kali ini sedikit berbeza berbanding sebelumnya memandangkan ia adalah kali pertama dia menyambut hari raya bersama isteri tercinta, Fiona.

Lebih istimewa, Hafiz berkata tahun ini akan lebih meriah kerana dia dan isterinya menyambut pelbagai jenis perayaan memandangkan Fiona bukan berbangsa Melayu.

"Disebabkan dia bukan berbangsa Melayu, raya saya tahun ini boleh dikatakan lebih meriah kerana kami menyambut pelbagai perayaan bersama. Selain Hari Raya, kami juga meraikan Gawai, Krismas dan Tahun Baharu Cina. 

"Macam-macam perayaan kami sambut bersama. Jadi, kami tak perlu terlalu fikir nak balik raya di mana kerana semuanya kami raikan bersama," katanya kepada Gempak.

Dalam masa yang sama, pelantun lagu Ku Akui itu turut berkongsi bahawa raya kali ini juga adalah kali pertama dia menyambut tanpa arwah ibunya. 

Namun begitu, dia reda dengan ketentuan Tuhan dan percaya setiap pemergian akan digantikan dengan perkara yang lebih baik, termasuk kehadiran isterinya.

"Ya, ini kali pertama saya beraya tanpa ibu, dan dalam masa yang sama juga kali pertama saya beraya bersama Fiona. Allah itu Maha Adil. Dalam kesedihan yang saya lalui, Dia kurniakan pula kebahagiaan yang lain. Saya percaya, sebagai manusia kita hanya perlu terus berharap dan bersandar kepada Allah," ujarnya.

Pada 13 Februari lalu, Hafiz kembali sah bergelar suami kepada Fiona dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di sebuah dewan di Petrajaya Kuching.

Sekadar rekod, Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nureffy Jasreel pada 14 Mei 2016 dan memiliki dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyahd Zafri, 9, dan Muhammad Alkaf Zayne, 5 tahun.

Manakala, Fiona turut pernah berkahwin dengan seorang lelaki berketurunan Cina dan dikurniakan tiga orang cahaya mata sebelum berpisah dengan jejaka tersebut lima tahun lepas.

Anda mungkin berminat dengan

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement