Sekilas
- KL International Beauty Week (KLIBW) akan mengadakan 'The Beauty & Fragrance House 2026' dari 8 hingga 10 Mei di IOI Grand Exhibition & Convention Centre.
- Acara ini menampilkan lebih 30 vendor kecantikan dan wangian tempatan serta antarabangsa dengan pelbagai aktiviti interaktif seperti pembuatan wangian tersuai dan ukiran botol minyak wangi.
- Dianggarkan 20,000 pengunjung akan hadir untuk menikmati pengalaman unik serta promosi menarik sepanjang tiga hari pameran berlangsung.
KL International Beauty Week (KLIBW) menjemput para pencinta dan penggemar kecantikkan untuk menyelami pengalaman ‘The Beauty & Fragrance House 2026’.
‘The Beauty & Fragrance House 2026’ merupakan sebuah pameran kecantikan khas bersama platform pengalaman interaktif yang menghimpunkan industri kecantikan dan wangian dalam satu acara.
Acara ini juga bertujuan untuk menyokong perkembangan industri melalui penyertaan jenama, promosi berimpak tinggi serta pelbagai aktiviti menarik.
Dianjurkan oleh KL International Beauty Week, acara kecantikan terbesar di Malaysia, ‘The Beauty & Fragrance House 2026’ menampilkan lebih 30 vendor, merangkumi gabungan jenama kecantikan dan wangian tempatan serta antarabangsa.
Acara ini mengalu-alukan CYOUNG sebagai Penaja Bersama dan THYNKER sebagai Rakan Media Rasmi kami pada tahun ini.
Manakala penaja minuman pula adalah HWC Coffee yang akan menyajikan kopi segar kepada para pengunjung di The Highlighter MY Cafe.
Selain itu, para pengunjung berpeluang menghasilkan wangian tersuai mereka sendiri di POTIONS Perfume Bar, Rakan Rasmi Perfume Bar kami.
Melengkapkan lagi pengalaman yang unik ini, pengunjung juga boleh memperibadikan botol minyak wangi atau barangan terpilih menerusi khidmat ukiran oleh Engrave.my, sebagai cenderahati bermakna untuk dibawa pulang atau sebagai hadiah istimewa buat insan tersayang.
Acara ini dijangkakan akan menarik seramai 20,000 pengunjung sepanjang tiga hari berlangsung.
Pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik dan pengalaman interaktif sepanjang acara antaranya The Fragrance Journal, Flash Deal Hours dan banyak lagi.
Acara ini berlangsung selama tiga hari bermula 8 hingga 10 Mei 2026 bertempat di IOI Grand Exhibition & Convention Centre.