Skip to main content

Berita Tempatan

"Tak Ramai Orang Boleh Berlakon Atas Stage Macam Dia" - Dikritik Pelakon 'Biasa', Puteri Aishah Pertahan Nabila Huda

Astro Gempak abil

Sekilas

  • Pelakon Puteri Aishah mempertahankan bakat lakonan Nabila Huda selepas ada pengguna Threads mempertikaikan kemampuan aktres itu.
  • Puteri Aishah menegaskan Nabila mempunyai kelebihan besar terutama dalam persembahan pentas dan mampu menghidupkan setiap babak dengan ekspresi yang kuat.
  • Beliau juga mengingatkan netizen supaya tidak cepat menilai pelakon jika tidak pernah terlibat dalam dunia lakonan sendiri.

Pelakon Puteri Aishah tampil mempertahankan bakat lakonan Nabila Huda selepas seorang pengguna Threads mempertikaikan kemampuan aktres tersebut.

Individu berkenaan mendakwa Nabila hanya 'berlakon biasa' dan sekadar menjadi diri sendiri dalam setiap watak yang dibawa.

Bagaimanapun, Puteri Aishah tidak bersetuju dengan pandangan tersebut dan menyifatkan Nabila sebagai pelakon yang mempunyai bakat besar terutama dalam persembahan pentas.

“No, she is VERY talented. Tak ramai orang boleh berlakon atas stage macam ni.

“Dia ada high stage presence and tak semua orang ada,” tulisnya.

Tambah Puteri Aishah, kelebihan Nabila bukan sekadar pada ekspresi emosi, malah kemampuan menghidupkan setiap babak dan dialog yang diberikan.

“Pernah satu frame dgn dia and dia boleh gelak2 lepas tu ‘action’ boleh nangis just like that.

“Setiap dialog yg dia bagi, i boleh ‘rasa’,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Puteri Aishah turut meminta netizen agar tidak terlalu cepat menilai seseorang pelakon terutama jika tidak pernah terlibat dalam dunia lakonan sendiri.

“If tak pernah berlakon atas stage or on set. Dont judge pls,” ujarnya.

Terdahulu, kenyataan seorang pengguna Threads mengenai Nabila Huda menjadi perhatian selepas membandingkan populariti aktres itu dengan kemampuan lakonannya.

Perkongsian tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata turut mempertahankan kredibiliti Nabila sebagai antara pelakon versatil tanah air.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

Advertisement