Skip to main content

Selebriti

Ella Imbas Kembali Momen ‘Berguru’ Dengan Ramli Sarip, Akui Pernah Menangis Sebab…

Bakar isteri

Sekilas

  • Ella pernah menangis ketika dibimbing oleh mentor legendarinya, Datuk Ramli Sarip, kerana cabaran menyanyi lagu dengan nada tinggi pada awal kariernya.
  • Walaupun latihan bersama Ramli Sarip sangat ketat dan penuh cabaran, Ella berjaya mengatasi kesukaran tersebut dan memperoleh banyak ilmu berharga.
  • Ella akan membuat kemunculan semula dalam konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Homecoming Edisi 60 Permata Biru pada 25 Julai di Stadium Negeri Pulau Pinang.

Ratu rock negara, Ella mengakui pernah gagal menahan air mata apabila dibimbing oleh mentornya, penyanyi lagenda, Datuk Ramli Sarip ketika awal kemunculannya dalam industri muzik.

Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 59, berkata bahawa pengalaman yang sukar dilupakan itu bagaimanapun telah membentuk dirinya sehingga kini.

“Saya pernah menyorok di balik pintu sebab malu nak tunjuk saya menangis sebab saya kena menyanyi lagu yang sangat tinggi. 

“Tapi saya boleh capai ‘note’ itu, tapi sebab saya baru ketika itu, ia agak susah. Bagaimanapun saya ‘manage’ untuk buat. Lagunya seperti Tiada Tangis Lagi dan banyak lagi,” katanya kepada Gempak.

Ella berkata demikian ketika sidang media Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Homecoming Edisi 60 Permata Biru, di Odeon pada Selasa.

Mengulas lanjut, pelantun lagu Sembilu itu turut berkata meskipun latihan yang diberikan oleh Ramli agak sukar, namun dia dapat menyelesaikannya dengan amat baik

“Kali pertama saya dapat lagu dari Ramli Sarip, ketika itu saya belum ada pengalaman, baru nak ‘start’. Jadi saya masuk studio dan belajar dengan dia.

“Pengalaman itu sangat ‘sweet’ walaupun ada pahit getirnya sebab saya kena marah. Dia seorang yang sangat ‘strict’, tapi alhamdulillah saya ‘manage’ untuk bekerja bersamanya dengan baik. 

“Pengalaman yang banyak dan saya timpa ilmu yang banyak, alhamdulillah,”ujarnya.

"Dalam perkembangan lain, Ella sekali lagi bakal membuat kemunculan menerusi konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Homecoming Edisi 60 Permata Biru yang akan berlangsung pada 25 Julai depan di Stadium Negeri Pulau Pinang. 



 

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Advertisement