Sekilas
- Program realiti drama memasak 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod 28 yang menampilkan Inspektor Sani dan Sarjan Ain memasak menu seperti Nasi Pad Kra Pao Goodday dan Pulut Susu Mangga.
- Resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai bahan utama untuk menambah rasa pada hidangan yang disediakan.
- Penonton boleh menonton rancangan ini di Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan dan juga membeli menu yang dijual di gerai bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 bermula 19 Februari.
Program realiti drama memasak pertama di Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod 28 yang lebih mencuit hati.
Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Sarjan Ain (Isyariana) yang akan memasak pelbagai menu. Antaranya ialah, Nasi Pad Kra Pao Goodday dan Pulut Susu Mangga
Drama apa yang akan terjadi antara Sarjan Ain dan Inspektor Sani? Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!
#1 NASI PAD KRA PAO GOODDAY
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nasi putih (panas panas)
300g daging kisar
3 ulas bawang putih (cincang)
2 biji cili padi merah
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos ikan
½ sudu kecil gula
½ sudu kecil garam
3 sudu besar susu Goodday Full Cream
½ cawan daun selasih
1 biji telur
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih & cili hingga wangi.
2. Masukkan daging kisar, masak hingga garing.
3. Masukkan kicap manis, sos tiram, sos ikan, gula & garam. Gaul rata.
4. Kecilkan api, tuang susu Goodday, kacau hingga daging sebati & kuah sedikit pekat.
5. Masukkan daun selasih, kacau cepat 1 minit, tutup api.
6. Masak telur mata separuh masak.
Hidang:
1. Letak nasi putih panas di pinggan.
2. Susun ayam Pad Kra Pao Goodday di samping.
3. Letak telur mata
4. Hiaskan dengan hirisan cili dan daun basil.
#2 PULUT MANGA SUSU
BAHAN-BAHAN:
Nasi Pulut:
2 cup beras pulut
11/2cup air
1 cup santan
¼ sudu kecil garam
1 sudu besar gula
Kuah Susu Goodday:
1 cup susu Goodday Full Cream
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu besar gula
¼ sudu kecil garam
Lain-lain:
1 biji mangga masak (kupas & hiris)
1 sudu kecil Biji bijan
Cara Penyediaan:
1.Nasi Pulut
- Basuh & rendam beras pulut 2 jam, tos.
- Campur semua bahan dan kukus hingga masak.
2. Kuah Susu Goodday
- Gaul susu dan tepung jagung sehingga sebati
- Panaskan susu Goodday + gula + garam hingga larut. Jangan mendidih.
- Sejukkan sedikit sebelum tuang atas pulut semasa hidang.
Cara Hidang:
- Letak nasi pulut di pinggan .
- Susun hirisan mangga di sebelah.
- Siram sedikit kuah susu Goodday.
- Tabur bijan untuk hiasan.
Menariknya lagi ‘cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu masakan dalam proram tersebut bermula 19 Februari.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.