Skip to main content

Selebriti

Mek Yun Dakwa Segelintir Pempengaruh Kurang Mesra, Reen Rahim Kongsi Pendapat - "Sebenarnya Kita Yang Insecure..."

Mek Yun

Sekilas

  • Reen Rahim berkongsi pandangan bahawa sikap negatif terhadap orang lain kadang-kadang mencerminkan perasaan tidak yakin dalam diri sendiri.
  • Beliau menasihatkan supaya menetapkan niat yang baik dan positif sebelum menghadiri sesuatu majlis untuk menikmati program dan mempereratkan hubungan.
  • Mek Yun meluahkan rasa kurang senang dengan layanan pempengaruh yang kurang peramah, manakala Ramona Zamzam berpendapat artis lebih mudah bergaul berbanding pempengaruh media sosial.

Pelakon, Reen Rahim tampil berkongsi pandangan susulan dakwaan personaliti media sosial, Mek Yun yang menganggap segelintir pempengaruh bersikap kurang peramah.

Menerusi perkongsian di Threads, Reen atau nama penuhnya Noreen Ashikin Abdul Rahim berkata, ada kalanya tanggapan kita terhadap orang lain sebenarnya mencerminkan keadaan hati sendiri tanpa disedari.

"Selalu kalau kita rasa semua orang macam itu sebenarnya hati kita yang seperti itu dalam tidak sedar. Sebenarnya kita yang insecure sampai nampak semua negatif,"tulisnya.

Dalam pada itu, Reen turut menitipkan nasihat agar setiap individu membetulkan niat sebelum menghadiri sesuatu majlis supaya dapat menikmati sepenuhnya program tersebut.

"Tips dia adalah kita kena sentiasa tetapkan niat asal pergi ke sesebuah program atau majlis dan buat sesuatu dengan rasa cinta untuk sokong dan nikmati sesebuah program, selain niat untuk merapatkan hubungan silaturahim," ujarnya.

Katanya lagi, niat yang baik boleh memancarkan aura positif kepada orang sekeliling dan secara tidak langsung boleh membuatkan seseorang tertarik untuk bergaul.

"Apabila you buat sebab you nak buat, maka vibe dan aura you pun akan positif. Secara tak langsung, orang yang tak kenal pun boleh senang dekat dengan you. Maaf kalau salah," jelasnya.

Terdahulu, Mek Yun atau nama sebenar Wee Mun Nee meluahkan pengalaman kurang senang apabila menerima layanan acuh tak acuh daripada beberapa pempengaruh yang ditemuinya ketika menghadiri sebuah acara.

Turut sependapat, pelakon, Ramona Zamzam akui artis di dalam industri hiburan dilihat lebih mudah bergaul dan bersosial berbanding pempengaruh media sosial.

Anda mungkin berminat dengan

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Must-Watch Video

Advertisement