Skip to main content

Jenayah

Bunuh Isteri Kerana Obesiti, Tak Jaga Makan

Isteri kuat makan

Sekilas

  • Seorang lelaki di Andhra Pradesh ditahan selepas didakwa meracun dan membunuh isterinya yang mengalami obesiti.
  • Suspek dipercayai mempunyai hubungan sulit dan merancang pembunuhan selepas mangsa membantah hubungan tersebut.
  • Kes terbongkar selepas laporan polis dibuat oleh bapa mangsa, dan siasatan mengesahkan ia kes pembunuhan.

Seorang lelaki di daerah Kadapa, Andhra Pradesh akhirnya ditahan polis selepas didakwa meracun dan membunuh isterinya yang dikatakan mengalami obesiti.

Mangsa dikenali sebagai Badripalli Padmaja, 31, manakala suspek ialah suaminya, Badripalli Kiran Kumar.

Menurut polis, tertuduh mendakwa isterinya tidak menjaga pemakanan sehingga mengalami obesiti selain mengabaikan kebersihan diri.

Dia juga mendakwa mangsa sering keluar rumah memakai pakaian tidur.

Bagaimanapun, siasatan mendapati suspek dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan rakan sekerja wanita.

Apabila mangsa membantah hubungan itu, tertuduh dikatakan berang sebelum merancang untuk membunuh isterinya

Pada 30 April lalu, suspek didakwa mencari maklumat mengenai racun berbahaya menerusi video dalam talian sebelum membeli bahan tersebut.

Dia kemudian mencampurkan racun itu ke dalam makanan mangsa.

Menurut polis, selepas wanita itu tertidur, suspek menekup muka mangsa menggunakan bantal sehingga meninggal dunia.

Kes terbongkar selepas bapa mangsa, Bangalore Raja Kullayi yang juga seorang doktor membuat laporan polis.

Pada awalnya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mencurigakan sebelum siasatan lanjut mengesahkan ia merupakan kes pembunuhan.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Topik Berkaitan

Advertisement