Dalam dunia serba moden ini pastinya cara mendidik anak juga telah banyak berubah.
Namun, adakalanya pemikiran sesetengah ibu bapa ada juga yang tidak masuk akal.
Ini terbukti apabila seorang ibu mahu anaknya fokus dalam aplikasi media sosial berbanding pembelajaran di sekolah.
Menerusi laporan The Sun, wanita berusia 38 tahun itu itu mendakwa anak perempuan dan lelakinya banyak menghabiskan masa melayan media sosial dan bermain permainan video.
Malah, menurut wanita itu, kedua-dua anaknya juga semakin kerap menghasilkan kandungan menarik di Instagram.
"Satu-satunya matematik yang dilakukan anak saya adalah mengira berapa banyak jumlah pengikut.
"Dia tidak minat ke sekolah dan saya tak mahu paksa. Kemas kini media sosial dan melakukan video TikTok jauh lebih berharga daripada belajar," katanya.
Tambahnya, dia juga mahu kedua-dua anaknya fokus menjadi terkenal.
"Saya tidak peduli kalau mereka tidak minat belajar ketika tempoh 'lockdown'. Cuma saya mahu mereka fokus dengan impian mereka menjadi bintang TikTok, YouTube atau Instagram.
"Saya rela mreka jadi bintang media sosial daripada peguam," katanya.
Sumber: The Sun