Skip to main content

“Katakan Tidak Pada Filler & Botox” - Adira Salahudi

Bakar isteri

Sekilas

  • Adira Salahudi menafikan dakwaan melakukan rawatan filler atau botox dan menjelaskan dia hanya mengamalkan rawatan skin booster.
  • Dia menegaskan pentingnya sayang pada diri sendiri dan menolak penggunaan filler serta botox.
  • Adira menghargai teguran netizen dan berjanji untuk terus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Pempengaruh dan usahawan, Adira Salahudi menafikan dakwaan bahawa dirinya melakukan rawatan filler atau botox seperti yang diperkatakan segelintir netizen.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Adira menjelaskan bahawa dia hanya mengamalkan rawatan kesihatan wajah atau ‘skin booster’ dan tidak pernah melakukan rawatan estestik berkenaan.

“Hanya untuk beri penjelasan bagi mengelakkan fitnah, saya cuma nak kongsikan bahawa saya amat sayangkan diri saya sendiri dan akui fillers bukanlah perkara yang baik. 

“Kita sudah masuk tahun 2026. Saya lebih memberi tumpuan kepada rawatan kesihatan kulit saya dengan mengambil ‘skin booster’ . Katakan tidak pada filler dan botox,” tulisnya.

Adira berkata demikian selepas seorang individu menasihati dirinya untuk tidak mengubah ciptaan tuhan.

Dalam masa sama, Adira turut menghargai segala teguran yang dititipkan padanya dan berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

“Terima kasih atas peringatan dan doa tersebut. Saya sangat hargai kerisauan awak terhadap saya. 

“Insyaallah saya sedang perbaiki diri saya ke arah yang lebih baik sedikit demi sedikit,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Advertisement