Skip to main content

Selebriti

Tak Sia-Sia Melamar Di Atas Pentas, Hairul Azreen Titip Ucapan 'Sweet' Buat Hanis Zalikha - "Saya Tulis Pun Rasa Nak Nangis"

Bakar isteri

Sekilas

  • Hairul Azreen berkongsi ucapan penuh kasih sayang dan penghargaan kepada isterinya, Hanis Zalikha, di Threads.
  • Hairul mengimbau detik melamar Hanis di atas pentas Gegar Vaganza pada 4 Januari 2015 dan tidak menyesal dengan keputusan itu.
  • Pasangan ini berkahwin pada 5 Jun 2015 dan kini dikurniakan dua cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Pelakon, Hairul Azreen mencuri perhatian ramai selepas berkongsi ucapan manis dan penghargaan buat isteri tercintanya, aktres Hanis Zalikha.

Menerusi ciapan di Threads, Hairul Azreen meluahkan rasa cinta kepada isterinya, malah dia mengakui sebak ketika menulis perkongsian tersebut.

"Saya tak tau nak cakap macam mana yang saya sangat cinta dengan @haniszalikha , Apabila saya tulis kapsyen ini pun, saya terasa seperti nak nangis," tulisnya.

Dalam masa sama, pelakon filem Paskal itu turut berkata bahawa dia tidak pernah menyesali tindakannya yang melamar Hanis di atas pentas program Gegar Vaganza pada 4 Januari 2015.

Malah, dia masih mengingati dengan jelas momen ketika Hanis hadir ke pusingan akhir program Fear Factor suatu ketika dahulu.

"Tak sia-sia saya berusaha melamar dia di atas pentas pada 4 Jan 2015 dan kami tunang pada 21 March 2015. 

"Kemudian, kami nikah pada 5 June 2015. Saya masih teringat semasa dia datang final Fear Factor. 30/03/2013. Saya sayang awak sangat-sangat,"ujarnya.

Pasangan itu sah bergelar suami isteri pada 5 Jun 2015. 

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 10 dan Alisa Aisyah, 6.

Anda mungkin berminat dengan

Free Size Plus Size Women Long Loose Pants Trousers Seluar Panjang Berkualiti Soft Waist Wide-Leg Casual Long Pants

Free Size Plus Size Women Long Loose Pants Trousers Seluar Panjang Berkualiti Soft Waist Wide-Leg Casual Long Pants

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

TAKKAN - Nata Bow Sandals/Low Heels (New Collections)

TAKKAN - Nata Bow Sandals/Low Heels (New Collections)

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

Must Watch Video

Advertisement