Sekilas
- Ain Ramli menghadiri acara sukan kecergasan HYROX di Jakarta sebagai penonton untuk menyokong rakan-rakannya.
- Dia berpeluang bertemu personaliti Korea Selatan Hong Beom Seok dan pelakon Thailand Nadech Kugimiya di acara tersebut.
- Ain mendapat perhatian Nadech apabila sorakannya dibalas dengan senyuman, yang mencuri tumpuan netizen di TikTok.
Pempengaruh Ain Ramli menyorot perhatian apabila berkongsi momen dirinya menghadiri acara sukan kecergasan, HYROX yang dianjurkan di Jakarta, Indonesia hujung minggu lalu.
Menerusi TikTok, Ain memuat naik video memaparkan dirinya yang hadir sebagai penonton bagi memberikan sokongan kepada beberapa rakannya yang menyertai acara kecergasan itu.
Sambil menyelam minum air, Ain turut berkongsi bahawa dia berpeluang untuk melihat sendiri personaliti dari Korea Selatan, Hong Beom Seok serta pelakon kacak Thailand, Nadech Kugimiya yang turut hadir pada acara tersebut.
Lebih mencuri perhatian apabila sorakan Ain kepada Nadech dibalas dengan senyuman daripada pelakon filem Death Whisperer 3 itu.
Momen itu membuatkan Ain ‘pengsan’ kerana tidak menyangka akan mendapat perhatian Nadech.
“Weh dia senyum doh,” Ain Ramli (sambil membuat aksi pengsan).
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat Ain beruntung malah ada yang berseloroh mengatakan mereka cemburu dengan pempengaruh tersebut kerana dapat melihat sendiri pelakon kacak Thailand itu dihadapan mata.
Sumber: TikTok