Skip to main content

Hiburan

Muat Naik Momen Isaac Raees Imamkan Solat, Perkongsian Zahirah Macwilson Raih Pujian

Zahirah Macwilson

Sekilas

  • Zahirah Macwilson berkongsi momen anak sulungnya, Isaac Raees, yang berusia lima tahun mengimamkan solat Isyak bersama dirinya dan suami, Aiman Hakim Ridza.
  • Isaac lancar membaca surah An-Nasr dan An-Nas dalam dua rakaat pertama ketika mengimamkan solat tersebut.
  • Momen keluarga itu mendapat pujian ramai atas didikan agama yang diterapkan oleh Aiman dan Zahirah kepada Isaac.

Pelakon, Zahirah Macwilson menyorot perhatian apabila berkongsi momen anak sulungnya, Isaac Raees yang mengimamkan solat bersama dirinya dan suami, Aiman Hakim Ridza.

Menerusi TikTok, Isaac yang baru berusia lima tahun dilihat berdiri di hadapan Aiman dan Zahirah dan mengimamkan pasangan itu ketika menunaikan solat Isyak.

Dapat dilihat, Isaac begitu lancar membaca surah An-Nasr dan surah An-Nas dalam dua rakaat pertama ketika mengimamkan solat.

Usai solat, Aiman kemudiannya memimpin bacaan doa sambil diikuti oleh Isaac yang mengaminkan serta mengulang bacaan tersebut dengan penuh tertib.

Momen keluarga itu bertambah menyentuh hati apabila mereka dilihat bersalaman sebelum berpelukan selepas selesai menunaikan Rukun Islam ketiga itu.

Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya memuji didikan Aiman dan Zahirah dalam menerapkan ilmu agama kepada Isaac.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement