Skip to main content

Hiburan

17,000 Raingers Gegar Bukit Jalil, Hujan Raih Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

Astrogempak HUJAN

Sekilas

  • Kumpulan rock indie Hujan diiktiraf oleh Malaysia Book of Records atas pencapaian 'Largest Audience for a Single Indie Band Live Concert' dengan 17,000 penonton di Stadium Hoki Bukit Jalil.
  • Pengiktirafan ini diberikan sempena konsert ulang tahun ke-20 mereka, Hujan XX, yang dianjurkan oleh Icon Entertainment.
  • Pencapaian ini mengukuhkan legasi Hujan sebagai kumpulan indie berpengaruh dan menunjukkan sokongan luar biasa daripada peminat mereka.

Kumpulan rock indie tanah air, Hujan, telah mencipta satu lagi detik bersejarah apabila secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) atas pencapaian "Largest Audience for a Single Indie Band Live Concert" sempena penganjuran Konsert Hujan XX: Hujan 20 Tahun.
 
Hujan yang dianggotai Noh, AG, Am dan Izzat berjaya mengumpulkan 17,000 Raingers, nama peminat mereka di Stadium Hoki Bukit Jalil, malam tadi.
 
Pengiktirafan berprestij ini diberikan bersempena konser tulang tahun ke-20 Hujan yang berlangsung di anjuran Icon Entertainment (M) Sdn. Bhd..
 
Pencapaian ini membuktikan pengaruh dan legasi Hujan sebagai antara kumpulan indie paling berpengaruh di Malaysia, selain menjadi bukti sokongan luar biasa daripada para peminat yang hadir untuk meraikan dua dekad perjalanan muzik mereka.
 
Majlis penyampaian sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records telah disempurnakan oleh wakil-wakil MBOR iaituMegat Faris Hussein Megat Muzaffar Shah, Edwin Yeoh dan Mr. Mohamad Nazrul Hafizi Ahmad Fauzi bersama PengasasIcon Entertainment, Iman Tang.
 
Sementara itu, Iman merakamkan setinggi-tinggi penghargaankepada Malaysia Book of Records atas pengiktirafan yang diberikan serta mengucapkan terima kasih kepada seluruhpeminat Hujan yang telah menjadi sebahagian daripada detikbersejarah ini. 
 
Pengiktirafan tersebut bukan sahaja menjadi pencapaianpenting buat Hujan, malah turut mengangkat martabat industrimuzik tempatan dengan membuktikan bahawa sebuahkumpulan indie mampu menghimpunkan jumlah penontonyang luar biasa dalam sebuah konsert tunggal berskala besar.
 
Konsert Hujan XX: Hujan 20 Tahun merupakan simbol perjalanan seni selama dua dekad yang dipenuhi karya-karya ikonik, dedikasi serta hubungan erat antara Hujan dan para peminat yang sentiasa menyokong mereka sejak penubuhannya.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement