Sekilas
- Nana Mahazan dan Althea menjadi bintang pertama tersingkir dari Talk To My Manager 2 selepas mendapat markah 58.67% dengan lagu Halaman Cinta.
- Ani Mayuni dan Viviana kekal di kedudukan pertama untuk dua minggu berturut-turut dalam pertandingan tersebut.
- Para juri memberikan komen positif dan kritikan membina kepada semua peserta, menekankan aspek vokal, persembahan, dan pemilihan lagu.
Pentas Talk To My Manager 2 (TTMM2), menyaksikan Nana Mahazan & Althea menjadi bintang pertama yang tersingkir dariada program tersebut.
Menyanyikan lagu Halaman Cinta nyanyian asal Misha Omar, Nana dan Althea hanya berpuas hati dengan markah 58.67% daripada barisan juri.
Selain Nana Mahazan dan Althea, turut berada di tangga tiga terbawah adalah Adira dan Anggrek serta Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.
Sementara itu, pasangan Ani Mayuni dan Viviana pula berjaya mengekalkan kedudukan pertama mereka dua minggu berturut-turut.
Mari kita recap komen untuk semua bintang Talk To My Manager 2 minggu ketiga:
Jamilulhayat X Hussain - Ku Ke Udara Lagi
Datuk AC Mizal: Vokal tiada masalah, memang sedap di dengar. Pergerakan itu agak terpaksa.
Satu cubaan yang sangat bagus tapi tak perlu malu sebab ini persembahan, enjoy sahaja. Nyanyian anda dah okay. Awak boleh pergi jauh tapi perlu banyak berlatih.
Sarimah Ibrahim: Bila ada bakat macam ni, tak perlu ubah. Suara dia ada identiti sendiri.
Adira X Anggrek - Diam Diam Jatuh Cinta
Sarimah Ibrahim: I love you. Keyakinan you lagi besar dari badan you. Tahniah awak buat baik sangat, well done!
Dato’ A.Aida X Azeva - Gadis Dan Bunga
Datuk Ramli M.S: Kamu punya tone suara yang sangat jernih, perlu belajar. Saya tak dengar suara kamu macam orang-orang lain.
Linda Jasmine X Ratu - Thriller
Datuk AC Mizal: Pilihan AI untuk lagu ni on spot, sebab awak dapat bantu artis anda. Untuk vokal, kena perbaiki lagi, tapi minggu ini lebih baik daripada dua minggu lepas. Banyak kena perbaiki, tapi persembahan hari ni baik. Bila pilih genre blues kena lay back sikit, not perfect but a good effort.
Nana Mahazan X Althea - Halaman Cinta
Sarimah Ibrahim: Saya rasa nak nangis, secara jujur. Saya tengok apa yang Nana lalui dan lihat mana awak sekarang. Apa yang saya suka pasal Althea. Awak menceritakan sesuatu dengan pilihan lagu awak, tapi saya tak berapa pasti dengan arrangement lagu ini.
Dato’ Sri Vida X Cik B - Bila Cinta Didusta
Datuk Ramli M.S: Anak DSV nampak mega untuk visual! Tapi Datuk melodi tiada, tapi tak mengapa sebab dia baru dalam nyanyian, cuma dia nampak mega.
Datuk AC Mizal: Persembahan mega, tapi dari segi nyanyian penyanyi kena beri energy untuk bagi lagi menarik.
Dato’ Fazley X Fariedz Fazley - Setia Ku Korbankan
Sarimah Ibrahim: Suara itu ada, tapi perasaan itu dikorbankan untuk menyampaikan satu mesej. Awak ada bakat itu. Jangan simpan perasaan itu lepaskan.
Ani Maiyuni X Viviana - Bintang
Datuk Ramli M.S: Yang ini saya suka, dia menukar AI itu halwa telinga dia sangat bagus. Viviana boleh belajar lagi.
Pak Azad X Amarra - Conga
Datuk AC Mizal: Penggunaan AI dalam tugasan ini, saya rasa manager buat kerja yang bagus sebab anda tahu mana kelemahan artis anda. Dan saya tahu Amarra ada kesilapan sana-sini, tapi manager dah lakukan yang terbaik.
Amarra awak dah buat yang terbaik minggu ni.
Safura X Kim Khairii - Belaian Jiwa
Datuk AC Mizal: Satu persembahan di luar jangkaan, seperti lihat persembahan di Indonesia. Pemilihan lagu AI kena, tahniah untuk awak. Imej ini sangat kena dengan awak.
Untuk info, antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.
Malah TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.
Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim, Datuk AC Mizal dan Datuk Ramli M.S selaku juri jemputan.
Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.
Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.