Skip to main content

Hiburan

Anak Lelaki Luah Rasa Sebak, Kenang Pemergian Jalil Hamid - “Aku Hilang Satu Figura Yang…”

Jalil Hamid

Sekilas

  • Harith Jalil, anak kepada Allahyarham Jalil Hamid, meluahkan rasa sebak atas pemergian ayahnya yang dianggap sebagai figura penting dalam hidupnya dan adik-beradik.
  • Harith mengenang ayahnya sebagai seniman lagenda dan penyokong setia yang mengajar dia menjadi lelaki dan pemimpin dalam menghadapi cabaran hidup.
  • Allahyarham Jalil Hamid meninggal dunia pada Isnin dan telah dikebumikan pada hari yang sama, meninggalkan kenangan dan nasihat yang akan terus diingati keluarga.

Anak kepada pelakon, Allahyarham Jalil Hamid iaitu Harith Jalil menyorot perhatian apabila meluahkan rasa sebak atas pemergian ayahanda tercintanya itu.

Menerusi ciapan di Threads, Harith yang memuat naik gambar mereka bersama menyifatkan dirinya sudah kehilangan satu figura yang selama ini menjadi tempat buatnya dan adik-beradik yang lain bergantung.

“Aku hilang ayah. Bagi rakyat Malaysia beliau adalah seniman lagenda. Ya, Allahyarham memang seniman hebat.

“Namun bagi aku dia adalah tempat kami adik beradik bergantung harap tika kami runtuh. Dia penyokong senyap dalam apa jua usaha kami dalam mengharungi kehidupan.

“Satu figura yang aku pandang tinggi mengajar aku menjadi seorang lelaki dan pemimpin. Sentiasa ada tika kami perlukan penyokong. Tika aku jatuh beliau la yang mengangkat aku supaya bangkit melawan harungi badai,” luahnya.

Walau bagaimanapun, Harith memaklumkan semua itu hanya tinggal kenangan selepas bapanga itu pergi menyahut seruan Ilahi pada Isnin.

“Namun kini hanya tinggal kata-kata nasihat dan kenangan. Tiada lagi buah fikiran dan guru yang boleh aku dambakan, terputus sudah nikmat itu.

“Ayah berehatlah di dunia abadi. Akan harith kirimkan doa dan amal.  Semoga Allah mengampuni dosa ayah dan tempatkan ayah bersama orang-orang yang beriman. Amin,” luahnya lagi.

Sekadar info, Jalil atau nama sebenar Abd Jalil Abd Hamid meninggal dunia di rumahnya pada 12.30 tengah hari Isnin dan selamat dikebumikan pada 5.50 petang hari yang sama.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Must-Watch Video

Advertisement