Skip to main content

Hiburan

Amir Ahnaf Syukur Dah Pulih Gangguan Saka, Tak Kisah Orang Nak Percaya Atau Tidak - “Saya Kongsi Supaya…”

Astro Gempak 433

Sekilas

  • Pelakon Amir Ahnaf kini sudah pulih daripada gangguan mistik yang dialaminya sejak remaja dan berkongsi pengalaman itu untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.
  • Gangguan tersebut dipercayai berpunca daripada keturunan dan telah selesai selepas Amir menjalani rawatan di Sabah tahun lalu.
  • Amir juga akan muncul dalam filem Tarung: Unforgiven yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 7 Mei ini.

Pelakon, Amir Ahnaf meluahkan rasa syukur apabila kini sudah pulih daripada gangguan mistik yang didakwa dialaminya sejak beberapa tahun lalu.

Pemilik nama penuh Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 26, berkata, dia tidak kisah sekiranya ada pihak yang meragui perkongsiannya kerana niatnya hanyalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.

“Saya bersyukur saya dah sihat sikit berbanding dua tahun lepas. Soal orang nak percaya atau tidak, itu bukan tanggungjawab saya.

“Saya kongsi supaya orang sedar tentang situasi macam tu,” katanya ketika ditemui pada malam gala filem Tarung: Unforgiven di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Isnin.

Menurut Amir, pengalaman tersebut tidak membuatkan dia membenci manusia sebaliknya hanya terhadap ‘entiti’ yang mengganggunya.

“Saya tak benci orang, saya benci ‘entiti’ itu. Benda ini berlaku masa saya dalam industri. Bila orang buat jahat pada saya, saya balas dengan kebaikan.

“Sekarang saya rasa lebih tenang dan ada yang kata saya nampak lebih ‘glowing’,” ujarnya.

Tambahnya, gangguan tersebut dipercayai berpunca daripada keturunan dan mula dirasai sejak usia remaja.

“Dah habis tahun lepas sebenarnya. Saya pergi berubat di Sabah, kawasan Tawau dan Semporna. Di situ saya ‘tutup’ semuanya.

“Benda ini dari keturunan, daripada moyang turun ke mak saya, kemudian kepada saya. Saya mula rasa sejak umur 17 tahun. Tapi alhamdulillah, sekarang semuanya dah selesai,” jelasnya.

Terdahulu, Amir pernah berkongsi pengalaman mistik apabila mendakwa kehidupannya diganggu saka sehingga memberi kesan kepada emosi serta hubungan peribadi.

Menurutnya, gangguan tersebut bukan sahaja menjejaskan ketenangan diri, malah turut memberi kesan terhadap usahanya untuk menjalinkan hubungan cinta.

Dalam perkembangan lain, filem Tarung: Unforgiven lakonan Amir dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei ini.

Anda mungkin berminat dengan

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Suu Balm Rapid Itch Relief Spray Moisturiser 40ml/100ml (EXP: 08/2027)

Suu Balm Rapid Itch Relief Spray Moisturiser 40ml/100ml (EXP: 08/2027)

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

[Bundle of 2] Neutrogena Rainbath Shower Gel - Original (946ml)

[Bundle of 2] Neutrogena Rainbath Shower Gel - Original (946ml)

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

Must-Watch Video

Advertisement