Skip to main content

Rancangan Realiti

Talk To My Manager Recap: Azeva Rampas Kedudukan Viviana! Fariedz Fazley Akur Disingkirkan

Astrogempak TTMM

Sekilas

  • Pasangan Datuk Fazley Yaakob dan Fariedz Fazley tersingkir pada minggu keempat Talk To My Manager 2 selepas mendapat markah terendah 69.67%.
  • Azeva menduduki tempat pertama dengan markah keseluruhan 85.67% hasil persembahan lagu Seandainya Masih Ada Cinta yang mendapat pujian juri.
  • Safura X Kim Khairii dan Ani Mayuni X Viviana turut berada di tangga tiga terbawah minggu ini.

Pentas Talk To My Manager 2 (TTMM2) minggu keempat menyaksikan pasangan pengurus serta artis iaitu Datuk Fazley Yaakob dan Fariedz Fazley disingkirkan. 

Mempersembahkan lagu Baby nyanyian asal Justin Bieber, Fariedz hanya mendapat markah keseluruhan sebanyak 69.67 peratus daripada barisan juri. 

Turut berada di tangga tiga terbawah adalah Safura X Kim Khairii dan Ani Mayuni X Viviana. 

Sementara itu, persembahan kemas Azeva yang menambat hati juri membuahkan hasil apabila dia berjaya menduduki tangga pertama dengan markah keseluruhan 85.67 peratus. 

Mari kita recap komen untuk semua bintang Talk To My Manager 2 minggu keempat: 

Datuk Fazley X Fariedz Fazley - Baby 

Datuk AC Mizal: Persembahan memang meningkat, keberanian semakin menyerlah. 

Saya tahu awak (Fazley) ada komitmen, markah ada kehadiran di rehearsel. Saya harap semua manager tahu juga. Tapi bila awak turun menari ia macam tutup kesalahan yang awak lakukan. 

Linda Jasmine X Ratu - Itik Gembo-Gembo 
 

Sarimah Ibrahim: Saya tak sangka ini, Saya tak boleh bayangkan lagu itik ni boleh jadi slay macam ni. 

Kekuatan awak pada ibu awak yang pendiam tapi ada banyak ilmu. Malam ini awak macam kena cucuk dengan caffeine. 
 

Datuk A. Aida X Azeva - Seandainya Masih Ada Cinta 

Jaclyn Victor: Lagu ni susah, tapi awak berjaya bawakan. Lagu ni story telling mak awak tahu apa yang dia buat. Awak buat saya meremang. Awak hebat, saya suka efforts awak. 
 

Adira X Anggrek - Niskala Suaka 
 

Datuk AC Mizal: Malam ini terbukti kita jumpa junior Mimi Fly. Satu perkara pasal awak, awak tengah lawan dengan peserta umur yang lebih tua Dari awak tapi keyakinan awak no satu. Saya berdiri sebab persembahan yang begitu mantap.  Awak akan jadi sesuatu dalam industri. 


Pak Azad X Amarra - GO 

Sarimah Ibrahim: Wow, itu je saya nak cakap. Baju Meletop.. ini makanan awak, improve Yang sangat banyak. Awak untung sebab ada ayah yang sokong dan membimbing. 

AC Mizal: Level international! 
 

Jamilulhayat X Hussain - Di Ambang Wati 

Jaclyn Victor: Suara awak sangat sedap. Tall, Dark & Handsome. Pemilahan lagu yang sangat tepat. Saya yakin awak akan mara. 
 

Datuk AC Mizal: Suara awak mantap tapi pastikan persembahan awak dibantu oleh manager sebab yang lain-lain. 
 

Safura X Kim Khairii - Risk It All 

Sarimah: Did you risk it all? Sebab awak ada semua tapi macam jaga-jaga. 
 

DSV X Cik B - Situasi 

Sarimah Ibrahim: keikhlasan, keunikan tak boleh beli. Ini Bunkface lagu ikonik. Malam ini awak kawal pentas. 

Datuk AC Mizal: Satu persembahan bijak oleh seorang artis. 
 

Ani Mayuni X Viviana - Lembayung Tari 

Jaclyn Victor: Keseluruhan persembahan bagus tapi apa genre kegemaran anda? Saya rasa key terlalu tinggi tapi saya suka keyakinan awak satu cubaan yang sangat baik. 

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Advertisement