Sekilas
- Puan Seri Tiara Jacquelina mengakui proses pemilihan pelakon untuk Puteri Gunung Ledang The Musical kali ini sangat emosional kerana terlalu ramai peserta berbakat yang hadir.
- Sesi uji bakat melibatkan pelakon asal, penghibur terkenal, dan wajah baharu yang menunjukkan potensi tinggi serta komitmen besar diperlukan untuk produksi berskala besar ini.
- Pengumuman barisan pelakon rasmi dijangka dibuat minggu depan, manakala produksi akan dipentaskan semula pada Oktober 2026.
Penerbit Eksekutif dan Pengarah Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM), Puan Seri Tiara Jacquelina mengakui proses pemilihan pelakon bagi produksi kali ini menjadi antara pengalaman paling emosional buat dirinya.
Menurut Tiara, sesi uji bakat yang berlangsung sejak beberapa minggu lalu memperlihatkan pelbagai bakat luar biasa daripada peserta yang hadir dengan penuh semangat dan kecintaan terhadap karya tersebut.
“Over the past few weeks, we opened the doors once again to the world of Puteri Gunung Ledang The Musical… and what walked into that audition room moved us deeply.
“We saw courage. We saw passion. We saw artists coming forward with so much love for PGL,” katanya.

Tambah Tiara, sesi audition tersebut bukan sahaja menghimpunkan wajah baharu, malah turut disertai beberapa pelakon asal serta penghibur yang sudah lama dikenali dalam industri.
“Some were familiar faces from the original cast. Some were singers, actors and performers we have admired for years.
“Some were completely new, but carried such sincerity and potential in the room,” ujarnya.
Bagaimanapun, Tiara mengakui cabaran terbesar kali ini bukan disebabkan kekurangan pilihan, sebaliknya terlalu ramai peserta berbakat yang hadir untuk mencuba nasib.
“Terus terang, proses pemilihan kali ini sangat emosional buat kami.
“Challenge kali ini bukan kerana tak cukup pilihan, malah our challenge was that we had too many beautiful possibilities,” katanya lagi.
Menurutnya, produksi berskala besar seperti PGLM memerlukan komitmen yang jauh lebih besar daripada sekadar kebolehan menyanyi dan berlakon.
“A musical of this scale asks so much from a performer.
“Beyond singing, dancing and acting, PGL also demands discipline pentas, stamina emosi, movement, Javanese dance, silat Melayu, and the ability to carry a live performance of this scale, night after night,” jelasnya.
Tiara turut berkata faktor masa menjadi antara pertimbangan utama dalam membuat keputusan bersama panel kreatif dan pihak JCPAC.
“With the timeline we have, we had to make very difficult decisions together with our creative panel and JCPAC.
“We needed performers who could almost hit the ground running,” katanya.
Dalam masa sama, Tiara mengakui dirinya berharap mempunyai lebih banyak masa untuk melatih dan membimbing ramai lagi bakat baharu yang hadir.
“Secara jujurnya, I keep wishing I had more time untuk melatih dan membimbing lebih ramai bakat yang hadir dengan begitu banyak potensi,” katanya.
Tiara turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta yang hadir sesi uji bakat selain memberi bayangan bahawa pengumuman barisan pelakon rasmi bakal dibuat minggu depan.
“Nantikan CAST REVEAL minggu depan,” katanya.
Terdahulu, penerbit dan pelakon terkenal Puan Sri Tiara Jacquelina memuat naik teaser 16 saat mengesahkan Enfiniti Productions bakal mementaskan semula Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical pada Oktober 2026.