Skip to main content

Sukan

Piala Dunia FIFA 2026: Astro Bincang Hak Penyiaran

TB FIFA World Cup AP

Astro kini sedang mengadakan perbincangan dengan pemegang hak siaran Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia untuk menyiarkan perlawanan kejohanan itu di platformnya.

Ini termasuk siaran menerusi Astro, NJOI dan Sooka bagi memastikan perlawanan dapat diakses oleh lebih ramai penonton.

Dalam satu kenyataan, Astro menegaskan komitmennya untuk terus membawakan kandungan sukan antarabangsa dan tempatan kepada peminat sukan di Malaysia.

"Astro dalam usaha memperkukuh kandungan sukan dengan mempergiat rundingan bagi mendapatkan hak siaran langsung Piala Dunia FIFA 2026 merangkumi pelbagai platform termasuk NJOI dan Sooka.

“Astro kini dalam perbincangan dengan pemegang hak bagi membolehkan perlawanan turut dibawa ke platform kami, sekali gus memperluas capaian kepada jutaan penonton di rumah, premis perniagaan dan peranti mudah alih,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu susulan bidaan adil dan kompetitif Astro bagi hak siaran Piala Dunia tersebut tidak diterima.

Astro sebelum ini merupakan penyiar rasmi Piala Dunia selama lebih dua dekad, namun mengakui berdepan cabaran besar dalam landskap penyiaran sukan yang semakin kompetitif.

"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, landskap kandungan premium, terutamanya sukan telah berubah dengan ketara. Kenaikan kos yang didorong oleh inflasi serta peningkatan kos hak penyiaran sukan antarabangsa telah meningkatkan pelaburan kewangan yang diperlukan secara mendadak.

"Dalam masa yang sama, gejala cetak rompak yang berleluasa telah mengurangkan nilai hak tersebut bagi semua platform yang sah.

"Secara khusus, Piala Dunia 2018 dan 2022 merupakan acara yang paling banyak dicetak rompak di Malaysia. Selain itu, waktu perlawanan serta tempoh masa yang terhad untuk merancang kempen yang bermakna bersama pelanggan telah mengurangkan lagi nilai komersial bagi mewajarkan pelaburan yang munasabah untuk pemegang saham, mahupun kenaikan harga bagi pelanggan kami.

"Walaupun kami kecewa kerana bidaan untuk Piala Dunia FIFA tidak diterima, kami tetap gembira kerana Piala Dunia FIFA akan terus dapat diakses oleh peminat di Malaysia," kenyataan itu menyebut.

Dalam masa sama, Astro komited untuk terus kekal sebagai destinasi utama sukan dengan liputan meluas pelbagai kejohanan antarabangsa seperti Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara UEFA, Formula 1, MotoGP dan Wimbledon.

Pada masa yang sama, Astro turut memperhebat pelaburan dalam pembangunan sukan tempatan, termasuk liputan acara seperti Piala Malaysia, BWF Malaysia Masters dan SUKMA Selangor.

Astro turut memberi penekanan kepada pembangunan akar umbi menerusi program klinik sukan dan latihan bakat muda dalam sukan seperti badminton, bola jaring dan sepak takraw, sebagai usaha melahirkan generasi atlet masa depan negara.

Pendekatan menyeluruh itu mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam memperkukuh ekosistem sukan negara, di samping mengeratkan hubungan antara peminat dan wira sukan tempatan.

Sumber: Astro AWANI 

Anda mungkin berminat dengan

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Must-Watch Video

Advertisement