Sekilas
- Lionel Messi mencipta sejarah sebagai pemain pertama yang beraksi dalam enam edisi Piala Dunia, bermula dari 2006 hingga 2026.
- Messi telah menjaringkan 14 gol sepanjang penyertaannya di Piala Dunia dan kekal sebagai pemain utama Argentina dalam kejohanan terkini.
- Piala Dunia 2026 adalah edisi terbesar dengan 48 pasukan dan dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico buat pertama kali.
Pesohor bola sepak Lionel Messi mencetak sejarah peribadi dan dunia apabila rasmi menjadi pemain pertama yang beraksi dalam enam edisi Piala Dunia selepas tampil dalam perlawanan Argentina menentang Algeria di Piala Dunia 2026 pada awal pagi Rabu waktu tempatan di Stadium Kansas City.
Messi, 38, telah beraksi dalam Piala Dunia di Itali pada 2006, Afrika Selatan (2010), Jerman (2014), Rusia (2018), Qatar (2022), dan terkini di Amerika Syarikay, Kanada, Mexico (2026).
Malah pemain Inter Miami ini telah mencetak 14 gol sepanjang terlibat dengan Piala Dunia, lapor CNN.
Messi juga mengekalkan keunggulannya apabila menjadi penyumbang gol yang menumpaskan gawang Algeria apobila gol pertamanya disahkan off side dalam perlawanan tersebut.
Selain Messi, Cristiano Ronalda (Portugal) dan Guillermo Ochoa (Mexico) juga berkongsi rekod yang sama apabila telah tampil dalam enam edisi Piala Dunia.
Sebelum ini, rekod penampilan lima kali di edisi Piala Dunia telah dipegang oleh beberapa legenda bola sepak termasuk Lothar Matthaus (Jerman), Gianluigi Buffon (Itali) dan Rafael Marquez (Mexico).
Piala Dunia 2026 juga merupakan edisi terbesar kejohanan itu sejak diperkenalkan pada 1930, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM). Dihoskan bersama oleh Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico, kejohanan kali ini menampilkan rekod baharu dengan penyertaan 48 pasukan kebangsaan, menjadikannya Piala Dunia pertama yang dianjurkan di tiga negara berbeza.